KUALA LUMPUR, 9 November 2017 – Bersiap sedialah kerana festival muzik mega K-pop yang menampilkan barisan hebat daripada tujuh kumpulan ternama serta tawaran menarik yang akan membuatkan anda tidak sabar untuk menanti kehadiran tahun baharu.
Dianjurkan oleh MacpiePro, konsert paling dinanti-nantikan, Festival Muzik K-Wave 2 “dibawakan khas oleh” Mcalls ini akan kembali menemui peminat pada 13 Januari 2018 (Sabtu, 8 malam) bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pintu akan dibuka mulai jam 3.30 petang. Acara itu akan dibahagikan kepada dua sesi dan sesi pertama iaitu lebih kepada aktiviti dan permainan akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7 malam manakala sesi kedua iaitu 8 malam ke atas adalah untuk konsert.
Ini adalah penganjuran kali kedua selepas kejayaan Festival Muzik K-Wave yang “dibawakan khas oleh” Mcalls Ogos lalu. Bakal menyertai festival itu adalah kumpulan tersohor, SUPER JUNIOR yang akan membuat kemunculan pertama mereka selepas empat tahun. Kumpulan itu yang kini sudah 12 tahun ditubuhkan akan membuat kemunculan semula bersama tujuh orang anggotanya diiringi lagu baharu yang dijangka mampu menghiburkan peminat setia mereka yang dikenali sebagai ELFs (EverLasting Friends, kelab peminat rasmi SUPER JUNIOR).
Turut membuat kemunculan pertama di Malaysia adalah artis solo, TAEYEON, yang juga vokalis utama kumpulan Girls’ Generation. SONEs, seperti yang digelar peminatnya akan membuat secara solo buat julung kalinya
Artis lain yang juga membuat kemunculan istimewa buat pertama kali di Malaysia adalah MAMAMOO, sebuah kumpulan penyanyi yang dianggotai empat orang wanita. Kumpulan yang semakin meningkat naik ini juga dikenali kerana mempunyai vokal yang hebat dalam menyampaikan lagu retro, jazz dan R&B. Empat anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai NU’EST W, yang bermaksud NU(new), Establish, Style Tempo and Wait kembali ke Malaysia selepas lima tahun semata-mata untuk festival ini.
Sebahagian daripada barisan artis yang akan membuat kemunculan buat pertama kali di Malaysia adalah sebuah kumpulan baru A.C.E yang terkenal dengan genre muzik Hardstyle; TAHITI, yang di anggotai empat orang wanita, HALO atau Hexagon of Absolute Light and Organization, juga sudah bersedia untuk menghadikan satu gelombang bersama peminat mereka di festival ini.
Festival ini juga adalah penanda aras paling penting buat penganjur iaitu MacpiePro untuk menganjurkan lebih banyak persembahan sebegini pada masa akan datang.
Sejajar dengan cetusan idea “MUZIK TANPA TEKANAN”, Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ciang Teng dan Mcalls tampil dengan pakej kemasukan eksklusif khusus untuk golongan remaja berhibur di festival berkenaan tanpa rasa beban dari segi bayaran.
Festival berkenaan turut menggabungkan pelbagai aktiviti menarik dan meriah serta bersifat interaktif, selain acara permainan yang boleh mereka sertai menerusi pembelian pakej kemasukan eksklusif sebelum konsert bermula. Pakej masuk Festival Muzik K-wave 2 “dibawakan khas oleh” Mcalls yang disediakan adalah seperti berikut (harga tiket +yuran pemprosesan + Mcalls Y33 pek sim)
RM478 (Rock Zone) (RM444 + RM4 + RM30) (HABIS DIJUAL)
RM498 (Hardcore Zone) (RM464 + RM4 + RM30) (TEMPAT DUDUK TERHAD)
RM398 (M1) (RM364 + RM4 + RM30)
RM368 (M2) (RM334 + RM4 + RM30)
RM298 (C) (RM264 + RM4 + RM30)
RM368 (A1 & A2) (RM334 + RM4 + RM30) (TEMPAT DUDUK TERHAD)
RM138 (L1 & L2) (RM104 + RM4 + RM30)
RM168 (S1) (RM134 + RM4 + RM30)
RM148 (S2) (RM114 + RM4 + RM30)
RM98 (Youth Zone) (RM64 + RM4 + RM30)
RM34 (RM0 + RM4 + RM30)
(Warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 17 tahun (lahir pada tahun 2000 hingga 2002) layak untuk mendapatkan 1 (SATU) Pakej Alpha Zon Remaja berharga RM34 yang mengandungi tiket zon remaja, Mcalls Y33 pek sim dan yuran pemprosesan).
Pakej kemasukan boleh didapati di www.mcalls.asia. Sila layari laman Facebook MacpiePro di www.facebook.com/MacpiePro untuk mendapatkan maklumat terkini.