(HIBURAN) KONSERT UNGU “LIVE” DI MALAYSIA

Spread the love

GRP_7205gmo

Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu “Demi Waktu” UNGU, bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis/Guitaris), Makki (bass), Enda (guitaris), Onci (guitaris) dan Rowman (drummer). Setelah mengharungi pelbagai rintangan, pada tahun 2002 UNGU telah mengeluarkan album pertama mereka bertajuk LAGUKU yang menyelitkan dua buah lagu iaitu “Hasrat” dan “Bunga”.

Mereka juga telah mengeluarkan album yang bertajuk “Melayang” yang menampilkan lagu “Demi Waktu” sebagai lagu hits dan seterusnya merangkul anugerah double platinum di Indonesia dan menembusi pasaran tanah air melalui syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC). Dari situlah mereka berjaya menempatkan nama dihati peminat menerusi lagu-lagu seperti “Andai Kutahu”“Tercipta Untukku” “Kekasih Gelapku” “Cinta Dalam Hati”. Pada tahun 2013 pulamereka mengeluarkan single terbaru bertajuk “BILA TIBA” yang kini sudah pun dimainkan di corong-corong radio.

Anugerah yang pernah dirangkul oleh UNGU adalah “Album Religi” “Lagu Paling Ngetop” “Video Klip Paling Ngetop” menerusi lagu “Andai Kutahu”, dan “Album Pop Rock Duo / Kumpulan” untuk lagu “Tercipta Untukku di dalam “SCTV Music Award 2007”.

Konsert UNGU “Tercipta Untukku” dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. “Konsert ini adalah bersempena tahun melawat Malaysia, jadi kami memilih UNGU kerana melihat kepada sambutan kedatangan mereka pada tahun 2012 yang cukup memberangsangkan, kami berharap agar pelancong-pelancong dari negara jiran dapat bersama-sama menyaksikan UNGU secara “live” di Malaysia” Fendi Hassan,Pengerusi E & F Event Resources dan Hadi, Pengerusi Offshore Entertainment Production.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 98, RM 138, RM 188 dan RM 238.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *