(HIBURAN) Kumpulan NOAH mengegar 2 Benua dan 5 Negara dalam tempoh 24 jam.

Spread the love

Pada 16 Sept 2012, Kumpulan NOAH yang dahulunya dikenali sebagai PeterPan telah mengegar peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur dalam misi memecah rekod melakukan persembahan di 5 negara dan 2 benua dalam tempoh 24 jam. Konsert “Tentang Bahtera” merupakan persembahan pertama Ariel di Kuala Lumpur setelah 3 tahun menyepikan diri dari industri muzik. NOAH yang Diperkuatkan dengan ahli seperti  David (Keyboard), Reza (Drum), Lukman (Gitar), Uki (Gitar) dan Ariel (Vokalis) mengembara  ke Melbourne (Australia), Hong Kong, Kuala Lumpur, Malaysia, Singapura dan berakhir di Jakarta,Indonesia dalam tempoh 24 jam demi bertemu peminat-peminat mereka yang telah lama tidak mendengar lantunan suara serta muzik dendangan mereka.

Setelah berjaya ke 2 Benua 5 Negara dalam tempoh 24 jam. Akhirnya NOAH  berjaya memecahkan rekod MURI (Museum Rekod Dunia Indonesia Indonesia) di Skeeno Hall Gandaria City Jakarta, Pihak MURI memberikan plate penghargaan MURI untuk Syarikat rakaman Musica Studio dan Berlian Entertainment selaku pihak penyelenggara dan tentunya untuk NOAH sendiri dan dimasukan ke dalam Guinness Book Record.

Pihak Galaksi Media Online ingin berkongsi gambar-gambar disekitar konsert “Tentang Bahtera” yang juga menghimpunkan trio harmoni indonesia iaitu GAC dan juga 2 band tempatan iaitu Malayan dan 6ixth Sense.

Foto Kredit : FAP Images.

gambar-gambar lain untuk konsert ini sila klik pautan ini


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *