Jika anda gemarkan lagu-lagu rock moden yang berkorus mantap, riff-riff gitar yang hebat dan alunan melodi yang mengasyikkan, anda pasti terpesona dengan EP pertama kumpulan pub Hydra Malaysia, Sinergi.
EP yang memuatkan lima buah lagu mantap itu adalah yang pertama dihasilkan sepanjang kerjaya mereka selama sedekad dan menampilkan lagu-lagu asal yang disusun dan dimainkan oleh kumpulan ini, yang lebih dikenali sebagai Hydra. Sinergi memuatkan empat lagu Bahasa Melayu kontemporari yang ditulis oleh rakan-rakan mereka dan sebuah lagu Inggeris, yang ditulis oleh Gerard Singh dari Lakefront Records, dimana beliau berduet dengan vokalis Lan.
Hujung Mentari, yang merupakan lagu soundtrack untuk filem Dampak 2013, turut dimuatkan.
Single pertama yang meletup itu telah dicalonkan untuk kategori Lagu Rock Terbaik dan Muzik Video Rock Terbaik di Virtual Independent Music Awards 2014 (VIMA) dan telah muncul di Muzik Muzik 2014 – rancangan carta lagu paling popular di Malaysia.
“Sinergi adalah satu langkah untuk kami beralih ke peringkat seterusnya sebagai pemuzik dan mudah-mudahan, akan membantu kami menempa nama di peringkat antarabangsa,” kata pengasas dan ketua kumpulan, Lan (Sayed Sahlan Sayed Hamid) pada majlis pelancaran Sinergi di sini hari ini. “Kami ingin mengembangkan sayap kami dan terus mengorak langkah menyusuri perjalanan muzik yang sememangnya sangat luar biasa setakat ini.”
Lan, yang pernah memenangi Anugerah Vokalis Terbaik Malaysia di VIMA, berkata kumpulannya mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan lagu-lagu tersebut. Tumpuan diberikan kepada susunan muzik dan bukannya penulisan lirik, dimana Hydra berharap untuk berbuat demikian bagi album yang seterusnya.
“Kami telah berikan yang terbaik – susunan muzik, pada Sinergi untuk memberikan pengalaman muzik yang paling hebat,” katanya. “Kami mencuba beberapa susunan yang berbeza untuk kelima-lima lagu sebelum menetapkan susunan yang terbaik, yang kami fikir dapat menyentuh perasaan pendengar.”
Lagu-lagu dalam album Sinergi berunsurkan balada ke rock sejati. “Lagu-lagu tersebut berkisarkan tentang kedamaian, kasih sayang dan kesatuan dalam pelbagai bentuk dan merupakan gabungan semua pengaruh muzik kami, tetapi masih mengekalkan bunyi dan susunan unik Hydra.”
Ahli-ahli kumpulan yang lain adalah pemain bass Boy (Mohd Faizul Azril Isa), pemain drum IZad (Ahmad Aizad Mohamed Fauzi), pemain keyboard Jezz (Kamas Jezzriq Eddie Kismilardy) dan pemain gitar utama G-Beng (Mohd Fadzil Abdul Wahab).
“Kami berharap Sinergi menjadi satu inspirasi kepada pemuzik pub di seluruh negara untuk tampil dengan bahan asal dan meletakkan sasaran yang lebih besar,” kata G-Beng. “Bagi kami, album ini merupakan satu pencapaian kerjaya, tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti mengadakan persembahan di pub kerana itu memang minat kami.”
Hydra mempunyai pengikut yang ramai terima kasih kepada nyanyian semula (cover version) lagu-lagu rock dan balada mereka yang unik. Kesemua ahli kumpulan ini menyanyi, memberikan kelainan yang ketara dalam persembahan mereka. Selain rancak membuat persembahan di arena pub tempatan, mereka turut diundang untuk membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat.
Untuk mempromosi dan mengembangkan kumpulan peminat mereka, Hydra akan muncul di
Festival Muzik WAG di Kuching pada 25 Oktober dan Festival Seni Johor Baru pada 16-17 September. Mereka turut menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di Bandung dan Surabaya, Indonesia pada hujung tahun ini dan di Amerika Syarikat dan Jerman pada 2015.
Sinergi dihasilkan oleh label persendirian kumpulan itu, Hydranation dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan bakat, Thrive Talent Tank. Album boleh didapati di semua laman muat turun utama seperti Cdbaby, iTunes, Amazon dan turut dimuatkan di laman web strim seperti Rhapsody. Salinan fizikal EP ini boleh didapati mulai hari ini di semua tempat mereka membuat persembahan dan boleh dibeli di semua kedai-kedai CD muzik utama muzik pada akhir bulan ini.
Hydra kini membuat persembahan di Waikiki Bar di Petaling Jaya pada hari Isnin, The Sosial di Bangsar pada hari Selasa, Rockafellas di Intan Square, Petaling Jaya pada hari Jumaat dan Hangover di Dataran 3 Dua, Petaling Jaya pada hari Sabtu.
Pelancaran Sinergi ditaja oleh The Saujana Hotel Subang selaku Hotel Rasmi dan Dope Motion Pictures (Agensi Video dan Fotografi Rasmi).
Untuk maklumat lanjut dan terkini Hydra Malaysia, layari dan ‘like’ laman mereka difacebook.com/HydraMalaysiadan youtube.com/channel/UCiLufWIHFa2X_NLgNvDzL5Q atau ikuti mereka di twitter.com/HydraMalaysia.
Untuk pertanyaan: Mr Shiva +60123130837
hydranationmalaysia@gmail.com