Siapa tak kenal dengan bintang besar yang kian bersinar, Lisa Surihani. Berjaya dalam bidang yang diceburi sebagai pelakon dan pengacara. Berdasarkan jumlah peminat yang menyokongnya selama ini di laman sosial seperti Facebook (2.6 juta), Twitter (1.6 juta), dan Instagram (404 ribu), memberi satu idea dan landasan yang mudah untuk dia merapatkan lagi kemesraan di antara peminat.
Tidak pernah dihebohkan di mana-mana, kini ia telah dilancarkan secara rasmi menerusi laman sosial rasmi. Pada 5hb Oktober 2013, laman web rasmi Lisa Surihani yang dinamakan sebagai LISA’S FGHENDS telah dilancarkan pada jam 12.00 a.m menerusi laman sosial Lisa’s Fghends. Peminat boleh melayari laman web www.lisasfghends.com untuk membuat tinjauan terhadap apa yang menarik di laman tersebut. Begitu juga dengan laman sosial seperti Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).
Apa itu Lisa’s Fghends? Ramai yang cukup kenal dengan Lisa yang mempunyai kepelatan dalam sebutan “R”. Bukan tujuan memperlekehkan atau mengejek, namun ia menjadi satu trademark kepada Lisa Surihani dalam memperkenalkan dirinya kepada semua peminat dengan sebutan “Friends” kepada “Fghends”. Idea itu muncul apabila Lisa ingin merapatkan lagi hubungan bersama peminatnya melalui medium Lisa’s Fghends.
Bagaimana Lisa’s Fghends dapat merapatkan hubungan Lisa dengan peminat dan apa yang menarik? Dalam laman web Lisa’s Fghends terdapat ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa. Ia memudahkan peminat untuk mengetahui perkembangan terbaru Lisa dengan pantas selain daripada laman sosial yang lain. Peminat juga boleh berkongsi apa jua idea di ruangan tersebut. Laman ini juga membolehkan peminat menonton video dan gambar-gambar dari Lisa Surihani sendiri tentang aktiviti hariannya.
Kepada yang berminat dengan barangan cenderahati juga boleh memilih pelbagai jenis barang yang ada di dalam laman web tersebut. Contohnya T-Shirt Lisa’s Fghends, Sarung Telefon Bimbit, Snapback, Payung, Mug, Mug Magik, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Malah Lisa’s Fghends turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar secara rawak. Setiap bulan akan ditawarkan hadiah percuma yang berlainan kepada peminat sebagai tanda penghargaan Lisa. Selain itu, pelbagai promosi turut ditawarkan khas untuk fghends Lisa. Ia bagi memudahkan peminat Lisa untuk menyimpan barangan cenderahati tersebut sebagai kenangan.
Selain itu, Lisa’s Fghends juga akan mengadakan aktiviti bersama peminat seperti beriadah mahupun peraduan. Aktiviti tersebut akan diumukan menerusi laman sosial rasmi Lisa’s Fghends dari semasa ke semasa.
Jadi apa tunggu lagi? Cepat daftar secara PERCUMA dan boleh menang hadiah lagi di laman web rasmi Lisa’s Fghends, www.lisasfghends.com dan jangan lupa sokong laman sosial rasmi Lisa’s Fghends, Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends), dan Instagram (@lisasfghends). Projek ini dibawakan oleh Dangerous Media Sdn. Bhd.