(Kuala Lumpur, 2 September 2025) Berita baik buat peminat K-rap di Malaysia! Loco bakal mengadakan konsert solo pertama di Kuala Lumpur sempena jelajah baharu! 2025 LOCO CONCERT: SCRAPS TOUR in KUALA LUMPUR akan meriuhkan Zepp Kuala Lumpur pada 2 November (Ahad), jam 7 malam. Konsert ini dianjurkan bersama oleh Starry Live Entertainment dan The WonderLand+.
Jelajah ini adalah bersempena rilisan album studio ketiganya, “Scraps” yang juga album pertama di bawah Locomotive iaitu label diasaskan beliau. Album tersebut menampilkan 12 buah lagu dengan gaya penceritaan tersendiri, serta kolaborasi bersama Jordan Ward, 1MILL dan Feby Putri, antara artis lain. Sempena jelajah Asia ini, Loco turut akan singgah ke Taipei, Bangkok, Singapura dan Hong Kong.
Loco mula menarik perhatian pada tahun 2012 selepas muncul sebagai juara pertama “Show Me the Money” iaitu pertandingan rap televisyen Korea Selatan. Sejak itu, nama beliau dikenali sebagai antara penyanyi K-rap terkemuka dengan lagu popular seperti “No More”, “You Too” dan “Don’t Give It to Me”. Loco juga pernah bekerjasama dengan ramai artis terkenal seperti Hwasa, Crush dan Gray, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai salah satu sosok utama hip-hop Korea.
Pertunjukkan Loco sering digambarkan sebagai intim dan bersemangat yang tidak hanya bergantung kepada persembahan visual semata-mata, malah memukau peminat melalui karisma dan penguasaan pentas yang hebat. Selain persembahan dinamik yang sering mengujakan, kenangan diabadikan pada momen interaksi bersama penonton, sama ada menerusi perbualan atau nyanyian bersama. Konsert ini akan mencerminkan perkembangan beliau sebagai seorang artis dan seorang insan.
Tiket datang dengan pelbagai faedah peminat (fan benefits) dan akan mula dijual pada hari Jumaat, 5 September, jam 11 pagi menerusi my.bookmyshow.com pada harga-harga berikut, tertakluk pada fi tiket:
- VIP BOX (8 Orang): RM5,500
[Faedah Peminat: Lanyard dan Pas VIP, Sesi Raptai (Soundcheck), Foto Berkumpulan (1:20), Sesi
Ucap Selamat Tinggal (Goodbye Session) dan Kad Cenderahati untuk semua; Poster Bertandatangan
untuk 60 peminat.]
- VIP (Berdiri): RM648
[Faedah Peminat: Lanyard dan Pas VIP, Sesi Raptai (Soundcheck), Foto Berkumpulan (1:20), Sesi Ucap Selamat Tinggal (Goodbye Session) dan Kad Cenderahati untuk semua; Poster Bertandatangan untuk 60 peminat.]
- CAT 1 (Berdiri): RM488
[Faedah Peminat: Sesi Raptai (Soundcheck) dan Kad Cenderahati untuk semua; Foto Berkumpulan (1:20) untuk 200 peminat; Sesi Ucap Selamat Tinggal (Goodbye Session) untuk 300 peminat; Poster Bertandatangan untuk 30 peminat.]
- CAT 1 (Duduk): RM488
[Faedah Peminat: Sesi Raptai (Soundcheck) dan Kad Cenderahati untuk semua; Foto Berkumpulan (1:20) untuk 200 peminat; Sesi Ucap Selamat Tinggal (Goodbye Session) untuk 300 peminat; Poster Bertandatangan untuk 30 peminat.]
- CAT 2 (Duduk): RM348
[Faedah Peminat: Kad Cenderahati untuk semua; Sesi Ucap Selamat Tinggal (Goodbye Session) untuk 100 peminat; Poster Bertandatangan untuk 10 peminat.]
Dengan reputasi kawalan pentas hebat serta barisan lagu hangat, kemunculan semula Loco di Kuala Lumpur dijangka menjadi antara konsert paling dinantikan tahun ini.
Informasi lanjut dan maklumat terkini boleh didapati di www.instagram.com/starryliveent dan https://m.facebook.com/profile.php?id=61566372764258

