(HIBURAN) Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing Di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’

Spread the love

Asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan. Tapi asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun tidak membuat empunya nama Bihzhu melepaskan beragam kesempatan melakukan persembahan di luar negara yang sangat menghargai bakat besarnya.

Bihzhu, sebutannya berbunyi Bee choo, wanita yang telah menawan peminatnya dari negara luar ; jauh seperti di India dan Korea Selatan. Namun namanya di Malaysia, hampir tidak pernah diangkat bukan? Ironi, Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia. Jika begitu inilah masanya kita menerima dengan tangan terbuka dan mengangkat karya baharu Bihzhu yang diberi judul Jiwa Perkasa.

Menurutnya, Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.

“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain.

“Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.

“Saya menyanyikan sedikit lagu  I Am Enough dan tiba tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa,” kongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.

Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya.

Malah Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.

Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan  termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia)  untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka. I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama.  Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.

Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.

Let’s welcome Bihzhu, wanita yang dilabelkan banyak penggemar bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita melalui karyanya.

Pautan ke muzik video dan sosial Media Bihzhu:

Muzik video:

https://youtu.be/EEe5t3KA6EE

Sosial Media:

www.bihzhu.com

www.Instagram.com/bihzhu

www.youtube.com/bihzhu

www.twitter.com/bihzhu

www.facebook.com/bihzhumusic


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *