Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan, syarikat produksi Key Billions Sdn. Bhd. telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 2 Mac 2026. Bukan sekadar majlis berbuka, namun acara turut dimeriahkan dengan pelancaran filem terbaharu terbitan syarikat berkenaan iaitu TIKET SEHALA. Menariknya, filem arahan Rahila Ali ini mengangkat kisah tentang kes mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara.
“Tiket Sehala adalah berinspirasikan daripada kisah benar yang sememangnya sebuah masalah global, termasuk rakyat Malaysia sendiri ramai yang terjebak dalam sindiket tersebut.
“Ia merupakan sebuah karya yang dihasilkan dengan rasa terbitnya tanggungjawab untuk menunjukkan kesan dan akibatnya kepada penonton apabila menjadi mangsa,” ujarnya.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem Tiket Sehala adalah Noki K-Clique, Jaa Suzuran Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Fancy Goh dan Shaharudin Jamaludin (Saha Champ).
Menariknya, filem ini turut menampilkan barisan pelakon empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Antaranya pelakon dari Korea Selatan seperti Hyunjun Sun, Ninja dari boyband SuperThai (Thailand) dan Naufal Samudra (Indonesia).
Selain memperkenalkan barisan pelakon, acara turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa robot di bawah kelolaan Shadow Combat League.
Sementara itu, Pengasas Key Billions Sdn. Bhd., Eddie Yap berkata, pihaknya berminat untuk menerbitkan Tiket Sehala kerana kelainan naskhah yang ditampilkan.
“Saya melihat cerita mengenai sindiket penipuan kerja di luar negara jarang dihasilkan, sedangkan ia satu masalah yang cukup besar dan membimbangkan.
“Jadi, menerusi Tiket Sehala, sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran buat seseorang individu untuk lebih berhati-hati jika menerima tawaran bekerja di luar negara,” jelasnya.
Ujarnya, filem ini turut menjalani penggambaran di Korea Selatan, malah turut menggabungkan kru produksi dari Malaysia dan negara berkenaan.
“Dengan gabungan tersebut, sekurang-kurangnya memberikan pengalaman kru produksi Malaysia mempelajari sesuatu yang baharu daripada pihak luar agar dapat meningkatkan lagi kualiti filem tempatan pada masa akan datang,” ujarnya.
Sinopsis
Tiket Sehala membawa penonton menyusuri kisah gelap tentang sekumpulan pekerja warga Malaysia yang terperangkap dalam satu sistem pemerdagangan manusia yang kejam di Korea Selatan. Alif, Putri dan Taqy adalah mangsa dalam kerakusan sindiket yang mengambil kesempatan atas keterdesakan hidup manusia.
Key Billions Distributon
Selain tampil sebagai produksi yang mula giat menerbitkan filem, Key Billions kini melebarkan sayap dengan penubuhan Key Billions Distribu[on.
Eddie berkata, Key Billions Distribution akan bertindak sebagai selaku pengedar bagi se[ap filem-filem yang diterbitkan produksi Key Billions sendiri, filem-filem tempatan lain atau yang dibawa masuk dari luar negara.
“Kalau sebelum ini filem Soloz: Game Of Life yang kami terbitkan telah diserahkan kepada pihak pengedar lain untuk urusan tayangan di pawagam.
“Bagaimanapun, untuk filem seterusnya iaitu Tiket Sehala, semua urusan pengedaran termasuklah promosi akan diuruskan semuanya di bawah Key Billions Distribution,” ujarnya.
Jelasnya lagi, pihaknya juga membuka ruang yang lebih luas untuk mengedarkan filem-filem yang diterbitkan oleh syarikat produksi yang lain.
Antaranya, mereka telah mendapat hak untuk mengedarkan dua buah filem lain iaitu Gayong 2 dan Tarung Unforgiven yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
“Dengan tertubuhnya Key Billions Distribution ini juga menjadi penanda aras yang menunjukkan kami serius untuk membangunkan industri perfileman.
“Malah, kami turut mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana penerbit yang mahu menggunakan khidmat kami untuk mengedarkan filem terbitan mereka,” jelasnya.
Shadow Combat League
Shadow Combat League ialah kategori hiburan sukan baharu yang menggabungkan sukan tempur, permainan, teknologi dan hiburan yang dikuasakan oleh Virtualsdan dibina di atas rangkaian Base. Ia memfokuskan kepada pendekatan inovatif dalam sukan tempur.
Berikut adalah butiran utama mengenai Shadow Combat League:
- Konsep: Menggabungkan elemen sukan tempur tradisional dengan teknologi dan permainan.
- Teknologi: Dikuasakan oleh Virtuals dan dibina di atas blockchain Base.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Shadow Combat League boleh layari laman web https://www.shadowcombatleague

