(HIBURAN) Majlis Perlantikan Duta dan Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris ” Permata Saadah”

Spread the love

dav

“Permata Saadah” menjadi inspirasi Noraniza Idris untuk mendedikasikan lagu tersebut khas buat para wanita. Single terbaharu berkonsep Pop Tradisional ini bergenre Zapin Fusion dan merupakan terbitan syarikat rakamannya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB).

dav

Single ini merupakan single terbitan kedua lagu Irama Malaysia setelah single dengan tajuk “Wangikanlah Hatimu” dilancarkan pada 21 Februari 2017.

Lagu duet bersama Tyka tersebut kini semakin mendapat tempat di hati peminat yang sekian lama merindui kemunculan genre Irama Malaysia.

Single terbaharu “Permata Saadah” ini ditaja oleh Permata Saadah (M) Sdn Bhd yang memulakan perniagaan pada tahun 2011. Syarikat tersebut dimiliki oleh Mohd Syahid Abdal bin Kamerudin.

Menurut Mohd Syahid, “Saya bersetuju untuk menaja lagu Permata Saadah kerana perkataan “Permata Saadah’ sendiri yang membawa maksud’ Kebahagiaan yang tidak ternilai”.Sesuai dengan matlamat saya untuk mencari cara yang unik untuk meluahkan rasa berterima kasih dan setinggi penqhargaan kepada 2 wanita terpenting dalam hidup saya iaitu yang pertama Ibu saya yang tersayang. Dan juga tak lain dan tak bukan isteri saya yang tercinta.  Setelah berbincang dengan Noraniza ldris. saya bersetuiu bahawa sesebuah lagu dengan lirik yang penuh bermakna dan dialun dengan melodi yang indah serta vokal yang lunak, merupakan cara terbaik untuk meluahkan isi hati. . Jadi, kami bersetuju untuk bekerjasama dengan Noraniza Idris demi menjayakan single ini.

dav

LATAR BElAKANG SINGLE “PERMATA SAADAH”

“Permata Saadah”, membawa maksud “nadi kebahagiaan”. Ilham untuk judul ini timbul ketika Noraniza membuat kunjungan ke sebuah program usahawan di ibu kota. Perasaan beliau mula teruja dan bertumpu kepada seorang pemuda kelebihan upaya (OKU) yang menjadi salah seorang peserta program. Beliau juga adalah seorang pengusaha katering muda dan berjaya. “Permata Saadah” telah diabadikan sempena nama ibunya sendiri dan dipilih sebagai nama syarikat katering yang diusahakannya.

Hasrat murninya tiada lain untuk membalas jasa ibu yang telah banyak berkorban, melahirkan dan membesarkannya. Berkat daripada restu ibu. syarikat “Permata Saadah” berjaya membuktikan bahawa tanpa kesempurnaan fizikal dengan hanya berbekalkan doa seorang ibu serta usaha yang gigih, tidak ada perkara yang mustahil untuk ditempuhi . Seiring dengan usaha membangunkan syarikat katering ini secara meluas. Noraniza telah ditawarkan menjadi Duta Permata Saadah Event & Catering selama 2 tahun.

Majlis menandatangani kontrak secara rasminya diadakan di Majlis Perlantikan Duta dan pelancaran single Terbaharu Noraniza Idris “Permata Saadah” pada 9 Mei 2017.Selasa (hari ini) . jam 12.00 tengahari bertempat di Golden Chersonesse Hall, Level 10, Maju Junction Kuala Lumpur.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi Bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah AIHaj dan dihadiri oleh 200 tetamu jemputan khas terdiri dari kalangan ortis dan korporat. Majlis ini turut memperdengarkan nyanyian single terbaharu ‘Permata Saadah” oleh Noraniza Idris dengan iringan artis tari Sanggar Budaya Tatih Seni dan majlis dengan durasi satu jam ini turut diserikan oleh nyanyian artis-artis di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti. Fee Haiqal. Azmir Arif. Tyka dan Daili Amerda serta kemunculan Ahmad Fedtri Yahya selaku pengacara majlis.

SINGLE “PERMATA SAADAH” UNTUK WANITA DllANCARKAN SEMPENA SAMBUTAN  HARI IBU

Hampir 12 tahun lamanya Noraniza tidak menerbitkan lagu nyanyian solonya, single terbaharu “Permata Saadah” dipilih sebagai judul single solo terbaharunya dan dianggap sebagai sebuah lagu yang sangat istimewa. Lagu ini berentak lapin fusion menerusi genre Pop Tradisional. Iramanya menjadi inspirasi kepada lambang keunikan dan kekuatan semangat seorang wanita secara luaran dan dalaman, yang sentiasa cekal dan bijak menangani urusan menerusi budi pekertinya yang lemah lembut dan sopan santun secara nurani dan jasmani. Menjadi nadi segala kebahagiaan atas kebijaksanaan mengatur keperibadian yang tinggi sebagai seorang wanita sejati dan ibu yang berperanan melahirkan, membesarkan dan mendidik generasi yang berjaya dan cemerlang. Ibarat permata yang mahal dan sangat berharga dan sinarannya tidak pernah malap walaupun usianya mencecah ratusan tahun.

Bermula 9 Mei 2017 ini, lancarlah single terbaharu ‘Permata Saadah” nyanyian solo Noraniza Idris ini secara digital. Single ini dilancarkan bersempena sambutan Hari Ibu yang disambut pada 14 Mei setiap tahun.

KOMPOSER DAN PENULIS L1RIK “PERMATA SAADAH”

Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Terbitan Edaran Digital

Tajuk lagu : Permata Saadah
Komposer : Rosli Selasih
Panulis Lirik : Ahmad Fedtri Yahya
Terbitan : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Edaran Digital : Luncai Emas Sdn Bhd

“PERMATA SAADAH” di SOSIAL MEDIA

Single ini akan diedarkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd. serentak pada hari pelancaran dan boleh didapati di beberapa aplikasi seperti ;

Streaming platform: Joox Music, Spotify Music. iTunesStore, deeZer. KKBOX,Akazoo, Shazam.  Psonar, Yonder Music
Youtube Subcribe : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd ,
Caller Ring Tone  : Celcom. UMobile. Digi. Maxis
Facebook : NIPVMania / Noraniza Idris/ Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Instagram :@nipvmania / @noraniza_idris / @nipvsb / @noranizaidris_permatasaadah
Website : : akarkitazapin.com.my
Hotline : +60103935606/ +6016 291 8066/ +017601 8380


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *