(HIBURAN) Malaysia Sebagai Destinasi Pertama Jelajah Konsert Jessica Jung 2026 – Tiket bas ulang-alik eksklusif untuk pembeli tiket

Spread the love

Kuala Lumpur, 17 November 2025 – Ikon K-pop Jessica Jung, atau lebih dikenali sebagai Jessica, kembali ke Malaysia sebagai destinasi pertama siri jelajah konsert terbaharunya berjudul <Reflections>, membawakan persembahan audio dan visual bagi memulakan tahun baharu dengan penuh bermakna.

Penganjur HUISHIYULE mengumumkan bahawa Jessica Concert Tour 2026 <Reflections> in Malaysia akan menampilkan reka bentuk pentas khas berbentuk T, bolehlah Jessica berinteraksi lebih dekat dengan para peminat yang turut digelar Golden Stars, sekali gus menawarkan pengalaman konsert yang lebih intim dan mengujakan.

Konsert ini akan berlangsung pada 11 Januari 2026 (Ahad), jam 7 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting. Tiket boleh dibeli melalui www.fantopia.io dan rwgenting.com bermula Khamis, 20 November 2025, pada jam 3 petang, dengan harga RM988 (VIP), RM788 (PS1), RM588 (PS2), RM488 (PS3) dan RM288 (PS4). Semua harga tertakluk kepada caj pemprosesan RM4.

Sebagai destinasi pembukaan jelajah dan lokasi yang menampilkan pentas berbentuk T, konsert ini dijangka menerima permintaan yang tinggi. Para peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan peluang menyaksikan malam pembukaan jelajah luar biasa Jessica ini.

Bagi kemudahan penonton, penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik antara KL Sentral dan SkyAvenue Bus Terminal. Harga tiket adalah RM50 untuk sehala dan RM80 untuk pergi balik. Bas dari KL Sentral akan berlepas pada 12 tengah hari dan 2 petang, manakala bas pulang dari SkyAvenue Bus Terminal akan bertolak pada 10.30 malam dan 11.30 malam selepas konsert. Tiket bas ini eksklusif untuk pemegang tiket konsert ini. Pembelian boleh dibuat melalui www.fantopia.io

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti penganjur HUISHIYULE @ht.entertainmentcompany di Instagram.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *