(HIBURAN) MAMA DICIPTA KHAS UNTUK IBU TERCINTA – AL!F

Spread the love

unnamed

Muhammad Alif Abdullah atau kini lebih dikenali sebagai Al!f yang dilahirkan dan membesar di Singapura merupakan seorang ahli muzik yang berbakat dalam bidang rap yang juga dikait rapat dengan budaya hip-hop. Jika sebelum ini Al!f dikenali sebagai rapper bagi kumpulan SleeQ, kini Al!f telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Setelah bergerak solo, Al!f kini muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Mama’ yang amat ditunggu-tunggu oleh para peminat beliau di Malaysia mahupun Singapura.

Lagu ‘Mama’ ini juga telah di karang oleh Al!f sendiri. Kehebatan Al!f dalam mengarang lagu terbukti apabila single ‘Untuk Dia’, ‘Salam Semua’ dan ‘Tepi Sikit’ mendapat sambutan hangat terutama sekali di kalangan remaja yang berjiwa hip-hop. Lagu ‘Tepi Sikit’ juga telah mendapat 5x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) iaitu sebanyak 1 juta unit muat turun. Namun lagu ‘Mama’ ini telah membuktikan bahawa Al!f juga mampu menghasilkan lagu yang mampu mengusik jiwa para pendengar.

Mama’ menjadi lebih istimewa apabila lagu ini dicipta khas untuk arwah ibu beliau. Al!f pada mulanya tiada perancangan untuk melancarkan ‘Mama’ sebagai single beliau yang pertama sebagai artis solo, tetapi di dalam proses untuk menyiapkan single yang sepatutnya, ibunya yang tercinta telah pergi meninggalkan beliau sekeluarga kerana jatuh sakit dan sekali gus membuatkan Al!f untuk menulis lagu ‘Mama’ khas untuk bonda tercinta.

Lagu ‘Mama’ mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Al!f, kerana lagu itu di dedikasikan khas untuk arwah ibunya yang telah banyak membantu Al!f bukan sahaja dalam kerjaya seninya tetapi di dalam kehidupannya juga.

Ternyata ‘Mama’ ini adalah sebuah lagu yang membawa seribu satu makna buat Al!f. Dari sudut susunan lagu dan juga penulisan lirik bagi lagu ini amat mendalam, dan jika dihayati ianya membawa kepada penceritaan di dalam sebuah perhubungan di antara seorang anak dan ibunya. Dari liriknya sahaja kita dapat merasakan hubungan yang begitu erat diantara Al!f dan ibunya.

Muzik video untuk lagu ‘Mama’ juga menggambarkan betapa dalam perasaan cintanya terhadap ibunya. Al!f juga telah menggunakan beberapa koleksi gambar peribadinya bersama ibu tercinta sebagai kenangan dan memori terindah bersama ibunya di dalam muzik video tersebut. Jelas kelihatan kasih seorang anak yang ada pada Al!f menerusi muzik video ini.

Al!f berharap bahawa lagu ini boleh memberi satu semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengarnya terutama sekali kepada mereka yang telah kehilangan bonda tercinta.

Muzik video ‘Mama’ juga sudah berada di YouTube pada 8 Mei lalu bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan kini telah mencecah hampir 5 ribu tontonan.

Menurut Al!f, isterinya Azzah  turut memberi dorongan dalam proses pembikinan lagu ‘Mama’ ini dan pada tahun ini juga, Al!f juga bakal menjadi seorang bapa.

Semoga Roh ibu Al!f Allahyarhamah Marina Binte Salim ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Lagu ‘Mama’ oleh Al!f ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Lirik Lagu Mama- Al!f

Sejak dia kecil

Dia dah sedia

Walau takda masa – itu alasan belia

Mama bagi tugas

Tugas jadi contoh

Hormat orang tua

Jangan bodoh sombong

Belajar pandai pandai

Nanti boleh pergi jauh

Tapi dia habiskan karangan untuk curi tulis lagu

Lama lama dia pandang

Ke arah sendiri

Mama dia pantang, tapi

Akhirnya dia bagi

Chorus X2

Kau yang terindah bagiku X3

Dunia aku gelap tanpamu

Dia di KL

Kerja setiap hari

Dari pagi dia mula hingga ke esok pagi

Tengok cincin di jari

Ia semakin berat

Bukan berat bersih, berat dengan tanggungjawab

Jalan ini terpilih

Dengan mata terbuka

Dan kalau esok takda harapan dia yang tanggung

Jawapan tamatkan perang bukan slalu menyerah

Hidupnya filem yang tak akan di bawa ke panggung

Mama dia faham

Kalau terlalu sibuk

Tak balas panggilan tapi membalas message cukup

Sejak kecil mama ajarnya tuk menjadi bebas

Untuk mencuba lagi

Walaupun pernah tewas

Untuk menjaga kata, jaga pakaian kemas

Untuk bina jalan sendiri bukan jalan ringkas

Dia benarkan hip hop

Dia lepaskan tangan

Walau dulu harap anaknya jadi juruterbang

Tapi satu hari mama jatuh sakit

Berita yang ku masih tak dapat terima lagi

Mama semangat hidupku

Dan mengapa sekarang

Mengapa, mengapa

Masih cari jawapan

Walau sudah tertulis

Walau sudah ditakdir

Walau sepatutnya ku serahkan kepada nasib

Walau berusaha dan doa untuk yang terbaik

Walau percayakan ada sebabnya, itu wajib

Mama tolong cepat sembuh

Kan kau teringin nak bertemu cucu

Kan kau yang suka ke pantai

Berkelah setiap hari Ahad

Kan kau yang sering beriku semangat

Chorus X2

Kau yang terindah bagiku X3

Dunia aku gelap tanpamu


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *