WINGS satu nama gah yang telah lama bertapak dalam industri muzik tanahair kini kembali menakluk dan mengegarkan melalui studio album terbaru mereka yang berjudul `MENAKLUK KOSMOS’. `MENAKLUK KOSMOS’ merupakan album yang telah lama dinantikan oleh peminat-peminat WINGS pastinya akan melebarkan sayap WINGS untuk menarik ramai peminat generasi baru. Album ini mengandungi 10 lagu baru yang akan mengembalikan era kegemilangan WINGS.
Sebuah kehidupan yang panjang pasti berlaku perubahan dan pengalaman yang berharga telah dilalui oleh WINGS sepanjang karier mereka. Pertukaran ahli dan vokalis WINGS namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk kembali menakluk hati peminat-peminat yang setia menyokong mereka selama ini. Perjanjian yang termenterai antara WINGS dan KRU Music pada 7hb Julai 2012, merupakan langkah yang dinanti oleh ramai pihak yang menanti kemunculan album baru WINGS. WINGS yang dianggotai oleh Awie, Joe, Black & Eddie telah berpadu tenaga menghasilkan studio album ke 17 mereka yang berjudul `MENAKLUK KOSMOS’.
’MENAKLUK KOSMOS’ mengandungi 10 lagu baru antaranya `Menakluk Kosmos’, `Ingatkan Dia’, `Peti Pandoramu’, `Bisa Yang Tertunda’, `Adoney Dari Paran’, `Gurindam Masyar’, `Komplikasi Maya’, `Penanti’, `Raja Segala Duri’ dan `Segitiga Piramida’. `MENAKLUK KOSMOS’ bakal menakluki peminat-peminat WINGS di Malaysia dan Singapura pada 22hb Mei 2014. Pengedaran album `MENAKLUK KOSMOS’ dilakukan oleh syarikat antarabangsa SONY Music Malaysia.
Rakaman muzik `MENAKLUK KOSMOS’ dijalankan di Tingkat 3 United Studio Kuala Lumpur manakala rakaman vokal telah dilakukan di Langkawi pada Disember 2013 yang lalu . Di mana WINGS telah berkampung di sana selama 2 minggu dan penginapan WINGS telah mendapat tajaan daripada Aseania Resort & Spa, Langkawi. Syarikat penerbangan Firefly telah menaja penerbangan WINGS ke Langkawi.
Strategi pemasaran album `MENAKLUK KOSMOS’ telah dijalankan secara intensif di mana lagu daripada album tersebut dipromosikan menerusi 3 lagu secara serentak iaitu lagu `Ingatkan Dia’, `Peti Pandoramu’ dan `Bisa Yang Tertunda’. KRU Music juga telah menghasilkan muzik video `Ingatkan Dia’ bagi tujuan promosi.
Pada 19hb Mac 2014, single pertama `Ingatkan Dia’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music diikuti pada 26hb Mac 2014 dengan single ke 2 `Peti Pandoramu’ dan single ke 3 yang berjudul `Bisa Yang Tertunda’ pada 2hb April 2014 yang lalu. Lagu-lagu tersebut juga dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.
Tarikh keramat yang telah dipilih untuk memasarkan album `MENAKLUK KOSMOS’ di pasaran adalah pada 22hb Mei 2014 . Bagi peminat-peminat setia WINGS mereka boleh mendapati album `MENAKLUK KOSMOS’ di kedai-kedai berdekatan.
Senarai Lagu Album “MENAKLUK KOSMOS”
NO | LAGU |
MENAKLUK KOSMOS | |
PETI PANDORA MU | |
BISA YANG TERTUNDA | |
RAJA SEGALA DURI | |
KOMPLIKASI PRAMAYA | |
INGATKAN DIA | |
GURINDAM MAHSYAR | |
ADONEY DARI PARAN | |
SEGITIGA PIRAMIDA | |
PENANTI |
10 Perkara Menarik Tentang WINGS dan Album `MENAKLUK KOSMOS’
- Penubuhan WINGS bermula tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang, Kuala Lumpur. 4 orang anak muda yang mempunyai visi serta minat muzik yang sama iaitu rock ‘n’ roll terdiri daripada (vokalis) Ahmad Azhar Othman @ Awie (vokalis), Rodzane Mohamed @ Jojet (pemain drum), Zul (pemain bass) dan Syam (pemain gitar) telah sepakat untuk menubuhkan band mereka sendiri . Mereka meminati Scorpions, Black Sabbath dan Led Zappelin.
- Jojet dan Zul menarik diri dan tempat mereka diganti oleh diganti oleh Samsaidi Ulung Idris @Eddie (pemain bass) dan Azmi Hashim @ Black (pemain drum). Kemudian tempat Syam diganti oleh Tham Wing Kwan sebelum Abdul Zamin Abdul Kadir @ Joe sebagai gitaris baru WINGS.
3. Nama WINGS telah diilhamkan dari lengan Awie yang berotot. Kononnya, pada masa itu kelihatan seperti sayap
dan dari situlah tercetusnya idea untuk menamakan kumpulan mereka WINGS.
- Menerusi albumTEORI DOMINO pada tahun1990 telah melonjakkan status WINGS sebagai salah satu gergasi rock pada masa itu bukan sahaja di Malaysia, juga di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei . WINGS juga diberikan penghormatan menjadi band pembuka untuk Konsert kumpulan Europe di Singapura.
- Disebalik segala pencapaian mereka tahun itu, WINGS telah dikejutkan dengan berita pengunduran Black sebagai pemain drum mereka. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain drum asal mereka, Jojet yang pada masa itu telah keluar dari Gersang. Akan tetapi Black kembali menyertai WINGS kembali pada tahun 1995.
- Dua hari selepas konsert Double Trouble di Stadium Negara Kuala Lumpur pada 13hb November 1993, Awie telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai pengarah Fly-Wings sekaligus menarik diri dari menjadi vokalis WINGS. Tempat Awie pernah diganti oleh penyanyi Mel dan Mus daripada May.
- Tahun 2002 , Awie dan WINGS masuk ke studio untuk merakamkan album reunion mereka. Akhirnya pada 8hb April 2002, impian peminat-peminat WINGS untuk mendengar Awie, Joe, Black dan Eddie kembali berpadu tenaga telah termakbul dengan munculnya album NAGA KRAMAT.
8. Pada tahun 2012 ,WINGS telah menandatangani perjanjian kontrak dengan KRU Music Sdn Bhd
dengan itu terbitlah album terbaru mereka MENAKLUK KOSMOS yang bakal berada di pasaran 22hb Mei 2014.
- Album `MENAKLUK KOSMOS’ mengandungi 10 lagu-lagu rakaman studio terbaru setelah 12 tahun WINGS menyepi selepas album Naga K’ramat yang dikeluarkan pada 2002. Strategi promosi album `MENAKLUK KOSMOS’ dilakukan menerusi 3 buah lagu dipromosikan secara serentak iaitu menerusi lagu `Ingatkan Dia’, `Peti Pandoramu’ dan `Bisa Yang Tertunda’
10. Rakaman `MENAKLUK KOSMOS’ dibuat di Langkawi selama 2 minggu dan penginapan WINGS telah
mendapat tajaan daripada Asenia Resort & Spa, Langkawi. Syarikat penerbangan Firefly telah menaja penerbangan WINGS ke Langkawi.
DISKOGRAFI
1987 Belenggu Irama
1988 Hukum Karma
1990 Teori Domino
1991 Jerangkung Dalam Almari
1992 Double Trouble
1993 Bazoka Penaka
1994 Wings & superfriends : Opera Dalam Kenangan 1 & 2
1995 Orang asing
1996 Biru Mata Hitamku
1997 Puisi Aidilfitri EP
1998 Masterpiece
1999 Double Trouble 2
2000 Mencari Asal Usul
2002 Naga K’ramat
2014 Menakluk Kosmos