(HIBURAN) MINI SIRI ‘KE KODIANG WITH LOVE’ BERJAYA PIKAT 2.6 JUTA TONTONAN

Spread the love

Kuala Lumpur, 17 Julai 2024 – Mini siri terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena jenama minuman blackcurrant No.1 di Malaysia, iaitu ‘Ke Kodiang With Love’ telah berjaya mencatat 2.6 juta tontonan untuk empat episod pertama menerusi tayangan di semua platform Gempak. Mini siri bergenre komedi romantik berdurasi 15 minit dengan total 6 episod ini mula ditayangkan pada 5 April lalu.

Ke Kodiang With Love dipersembahkan oleh Gempak dan Ribena membariskan pelakon popular Hun Haqeem, Qistina Khaled, Danish Hazriq serta juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer. Ia diarahkan oleh Afiza Asram, skrip dari tenaga kreatif Gempak iaitu Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper, manakala produksi oleh Storyteller Production bersama Lokalab.

Lebih mengujakan, mini siri ini turut memberi peluang kepada 50 penonton dan peminat bertuah untuk menonton dua episod akhir secara eksklusif sebelum ditayangkan kepada umum, bersama barisan pelakon dengan hanya menyertai peraduan Ribena.

Peraduan tersebut telah dibuka sejak 1 Mei sehingga 30 Jun. Penyertaan perlu disertakan bukti pembelian Ribena bernilai minima RM5 dalam satu (1) resit, kemudian mengira kekerapan Ribena muncul dalam empat episod siri Ke Kodiang With Love.

Menurut Ketua Konten Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah, “Mini siri ini telah mencuri perhatian penonton dengan cerita yang segar dan ‘sweet’. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ribena yang memberi kepercayaan kepada platform Gempak untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah mini siri ini dengan gaya kreatif. Hari ini kita berpeluang untuk membawa pengalaman ‘Ke Kodiang With Love’ kepada peminat dan mereka menjadi yang pertama menonton 2x episod akhir ini, sebelum ditayangkan di platform Gempak. Kami mengharapkan mini siri ini mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton, di samping meneroka pelbagai lagi usaha kreatif dalam mempersembahkan kandungan ‘branded content’ tempatan.

Ketua Pemasaran Bahagian Minuman, Encik Michael Wong turut berkata; “Ribena adalah jus ‘blackcurrant’ nombor satu di Malaysia dan merupakan jenama popular kaya dengan vitamin C yang sememangnya kegemaran ramai,lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda. Sebagai suatu inisiatif istimewa hasil daripada kerjasama dengan Gempak,  sifat ‘light-hearted’ romantik komedi Mini siri Ke Kodiang ini sekaligus menonjolkan personaliti Ribena sebagai pilihan minuman utama yang mendampingi saat riang mahupun saat ‘meh’ terutamanya generasi muda rakyat Malaysia. Mini siri Ke Kodiang with Love ini memang mencuit hati dan amat menghiburkan dengan kebolehan pengarah Afiza Asram dan tenaga kreatif Gempak. Apa yang lebih menarik lagi adalah keunikan cerita yang disampaikan sempena perayaan Hari Raya yang “light hearted”,di mana detik-detik “remeh” dalam jalan cerita akan menjadi boleh dengan Ribena! Kami juga amat teruja dapat menyaksikan bakat artis popular Ajip (Hun Haqeem), yang juga merupakan personaliti dan duta Ribena, dalam mini siri ini. Kami amat berterima kasih di atas peluang kolaborasi bersama Gempak dan berharap mini siri istimewa ini dapat menghiburkan seluruh warga Gempak terutamanya peminat-peminat Ribena; khas dibawa kepada anda oleh Ribena,jenama minuman buah jus blackcurrant nombor satu di Malaysia.”

“Ke Kodiang with Love” mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya.

Saksikan kesemua enam episod ‘Ke Kodiang With Love’ di platform Gempak. Untuk maklumat lanjut ikuti akaun media sosial Gempak di Instagram, Facebook, X, TikTok. Gunakan tanda pagar #KeKodiangWithLove untuk berkongsi tentang mini siri ini di media sosial.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *