MR.DIY kini berusia 20 tahun — dan mereka meraikannya dengan konsert langsung paling hebat di bandar! Sempena ulang tahun ke-20, MR.DIY akan menganjurkan sebuah konsert mega pada hari Jumaat, 11 Julai 2025, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia bakal menjadi malam yang penuh muzik, sambutan dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Mulai 31 Mei 2025, pelanggan hanya perlu berbelanja RM40 ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan MR.DIY di seluruh negara untuk berpeluang menebus dua (2) tiket konsert percuma. Borang penebusan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster rasmi di kedai atau layari laman web MR.DIY. Tiket adalah terhad kepada 3,000 penebusan pertama yang layak — jadi jangan tunggu lama-lama!
Konsert ini akan menghimpunkan barisan artis lagenda merentas bahasa dan genre. Daripada ratu pop Mandarin Penny Tai, ikon terkenal seperti Ella, Awie dan Amy Search, hingga ke penyanyi bersuara lantang seperti Jaclyn Victor dan Shila Amzah, serta bintang generasi baharu Lee Pei Ling dan trio sensasi 3P — inilah barisan artis impian yang akan membuat persembahan secara langsung, di satu pentas, untuk satu malam sahaja!
Namun, acara ini bukan sekadar konsert. Ia akan diserikan dengan suasana festival penuh warna-warni dengan persembahan cahaya laser, pertunjukan bunga api menakjubkan, pelbagai pilihan makanan dan minuman, sudut bergambar menarik untuk media sosial, cabutan bertuah yang mengujakan, dan keseronokan tanpa henti sejak pintu dibuka. Setiap sudut Stadium Merdeka akan dipenuhi dengan semangat dan keterujaan.
Untuk maklumat penuh, sila layari mrdiy.com/concert2025 dan pastikan anda mengikuti MR.DIY di Facebook dan Instagram untuk kemas kini terkini.
Sempena dua dekad pertumbuhan berterusan dan kesetiaan pelanggan, peruncit barangan rumah nombor satu Malaysia, MR.DIY, dengan bangganya mengumumkan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY, sebuah pesta muzik berskala besar yang akan diadakan pada hari Jumaat, 11 Julai 2025, di lokasi ikonik Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara bersejarah ini merupakan tanda penghargaan ikhlas kepada para pelanggan setia MR.DIY dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Sambutan ini menjanjikan malam yang penuh dengan muzik, hiburan dan penyatuan budaya, dengan persembahan langsung daripada barisan artis ternama serta aktiviti interaktif yang mencerminkan komitmen jenama terhadap komuniti dan kegembiraan bersama.
Konsert ini akan diterajui oleh lapan artis terkenal dari arena muzik Malaysia, setiap seorang membawa gaya dan keunikan tersendiri. Antara barisan artis termasuk penyanyi-penulis lagu Mandopop pemenang pelbagai anugerah Penny Tai, vokalis rock lagenda Hajah Ella, perintis muzik rock Awie dan Amy Search, penyanyi bersuara mantap Jaclyn Victor, penyanyi bertaraf antarabangsa Shila Amzah, bakat baharu Lee Pei Ling, dan YouTuber kegemaran anak muda, 3P. Dengan pelbagai genre muzik diwakili, konsert ini dijangka memberi pengalaman persembahan langsung yang memukau dan tidak dapat dilupakan untuk penonton dari semua peringkat umur.
Selain muzik, para pengunjung konsert boleh menantikan suasana pesta dengan persembahan cahaya laser, pertunjukan bunga api, kawasan bergambar bertemakan media sosial, pilihan makanan dan minuman tempatan yang dikurasi, serta hadiah cabutan bertuah — memastikan pengalaman yang menyeluruh dan penuh kenangan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, MR.DIY akan melancarkan kempen penebusan tiket di seluruh negara bermula 31 Mei 2025. Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 dalam satu transaksi di mana-mana cawangan MR.DIY di Malaysia boleh mengimbas kod QR rasmi atau layari laman web untuk menghantar resit dan butiran. Setiap individu yang layak boleh menebus dua (2) tiket konsert percuma berdasarkan siapa cepat dia dapat, dengan 3,000 penebusan pertama layak untuk tawaran eksklusif ini. Maklumat penuh, terma dan syarat boleh didapati di mrdiy.com/concert2025.
MR.DIY mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan bersejarah ini dan merasai malam yang penuh muzik, perpaduan dan penghargaan.
Maklumat Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY
Tarikh: Jumaat, 11 Julai 2025
Masa: Bermula 5:30 Petang
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Penebusan Tiket Bermula: 31 Mei 2025
Ikuti saluran rasmi MR.DIY di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.
#MRDIY #MRDIY20Tahun #KonsertUlangTahunMRDIY #KonsertMRDIY2025 #BeliDanTebus
