(HIBURAN) MukaRakat Raikan Semangat Kebersamaan dan Tradisi Mereka dengan “Toki Sloki”

Spread the love

Jumaat 11 Disember, Jakarta – MukaRakat melihat 2020 secara optimis dengan single terbaru mereka, “Toki Sloki”. Dalam trek reggae yang rancak ini, kumpulan hip-hop yang membesar di Flores dan menetap di Bali meraikan tradisi mereka, terutama sejenis minuman tradisi beralkohol. “Lagu ini meraikan kebersamaan dengan rakan taulan dan keluarga anda dengan meminum Sopi,” kata Lipooz selaku ketua kumpulan yang juga dianggotai oleh D’Flow, DirtyRazkal, A’Chi dan DJ GeraMar. “Ini diilhamkan oleh latar belakang budaya kami di mana alkohol tempatan selalu dilibatkan dalam hampir semua aktiviti tradisi kami.”

Menariknya, “Toki Sloki” tidak bermula sebagai lagu MukaRakat. “Lagu ini pada asalnya untuk projek solo saya, tetapi ketika saya berkumpul dengan anggota kumpulan yang lain dan memperdengarkan lagu tersebut, mereka sangat menyukainya,” kata Lipooz. Hasilnya, dalam “Toki Sloki” anda kini dapat mendengar pertukaran rangkap antara Lipooz dengan D’Flow, DirtyRazkal dan A’Chi dalam lirik campuran antara bahasa Indonesia dan dialek Flores mengenai pengalaman masa-masa liar yang mereka di tempat hiburan malam di Bali. Menurut Lipooz, “Sebilangan besar daripada kami pernah bekerja di beberapa kelab malam di Bali. Oleh itu, lagu ini mengingatkan kami tentang apa yang berlaku selama bertahun-tahun di kelab-kelab malam tersebut. “

“Toki Sloki” juga merupakan hasil kolaborasi rentas sempadan, di mana artis dan produser hip-hop terkenal Malaysia, SonaOne bersama-sama menulis lagu tersebut di samping turut menyumbangkan rentak dan penyusunan muzik, di mana Def Jam South East Asia bertindak untuk menghubungkan kedua-dua pihak. “Def Jam menghantar kepada kami beberapa pilihan trek, dan kami memilih rentak ini kerana ianya muzik ringan (easy listening) dan memiliki getaran reggae. Kebanyakan orang di Flores dan Indonesia Timur gemar reggae,” kata Lipooz. Sentuhan Malaysia dalam “Toki Sloki” juga ditambah oleh Jeson Huang, yang membuat proses pencampuran dan ‘mastering’ trek.

Selain meraikan masa-masa yang indah, terdapat juga makna yang lebih mendalam di sebalik “Toki Sloki”, yang memperluas misi MukaRakat untuk memperkenalkan Nusa Tenggara Timur, tempat asal usul mereka kepada rangkaian pendengar yang lebih luas. “Lagu ini istimewa kerana ia berdasarkan kisah benar, dan liriknya mengenai kehidupan yang biasa dilalui oleh kebanyakan orang di Indonesia Timur. Ini adalah gambaran sebenar,” kata Lipooz. “Kami berharap lagu ini dapat membuat orang Indonesia untuk menyedari betapa pelbagainya negara ini, terutama budaya tempatan, dan belajar bagaimana menerima kepelbagaian tersebut.”

Apa pun makna yang anda dapat dari lagu tersebut, anda pasti akan bersetuju bahawa “Toki Sloki” akan memberikan soundtrack sesuai untuk berparti apabila keadaan kembali selamat untuk berkumpul semula, sama ada pada akhir tahun 2020 atau masa akan datang. Seperti kata Lipooz, “Dalam hidup, ada kalanya kita menangis, dan ada kalanya kita ketawa. Pada lagu ini, kami ingin menonjolkan kegembiraan yang kami rasakan ketika berkumpul bersama.” Dengarkan “Toki Sloki” di sini: https://lnk.to/MukaRakatTokiSloki dan tonton tayangan perdana video muzik pada 11 Disember jam 7 malam waktu Jakarta.

 

Mengenai Def Jam South East Asia

Ditubuhkan pada tahun 1984, Def Jam Recordings muncul di New York City untuk mendorong budaya hip-hop ke tahap yang baru. Def Jam telah mewakili muzik terbaik selama 35 tahun, dipelopori oleh bintang ikonik seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Selama dua dekad berikutnya, Def Jam didominasi oleh superstar seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan Kanye West.

Kini setelah hampir 4 dekad, muzik dan stail Def Jam telah berkembang menjadi jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – merangkumi pelbagai senarai bintang ternama dan bintang baru seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko, antara lain.

Dengan pelancaran Def Jam Asia Tenggara, Def Jam membuktikan bahawa semangat dan komitmennya terhadap budaya hip-hop tidak pernah luntur, dan jangkauan jenama globalnya makin meluas ke pasaran baru di Asia Tenggara.

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budayanya bersesuaian dengan konteks tempatan, namun syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita  turut sama beraksi.

Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, Abubakarxli dan SYA dari Malaysia, DABOYWAY dan Ziggarice dari Thailand, A. Nayaka, Rayi Putra, MukaRakat dan Ben Utomo dari Indonesia, VVS Collective dari Filipina serta ALIF, ABANGSAPAU, Yung Raja dan Fariz Jabba dari Singapura.

Mengenai MukaRakat

MukaRakat adalah kumpulan hip-hop dari Nusa Tenggara Timur yang kini menetap di Bali. Ditubuhkan pada tahun 2017, nama MukaRakat mempunyai makna tersendiri. Rakat atau masyarakat adalah sebutan khusus bagi pendatang dari Indonesia Timur, terutama Nusa Tenggara Timur. Jadi, MukaRakat dapat ditafsirkan sebagai Wajah dari Timur.

Dianggotai oleh lima ahli, MukaRakat sering menyuarakan suara Indonesia Timur melalui mesej pada lirik dalam setiap lagu. Bukan hanya itu, dari lagu-lagu mereka, MukaRakat juga boleh dikatakan masih berpegang teguh dengan dialek bahasa tempatan dan alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur.

MukaRakat kini telah menjadi satu kumpulan yang semakin dikenali  dalam dunia muzik hip-hop dari negara itu. Kekerapan mereka menyertai beberapa festival muzik yang besar juga pasti dapat melonjak naik karier mereka.

 

Bahkan juga, video muzik mereka di laman YouTube sering ditonton oleh peminat mereka dengan tontonan mencapai ratusan ribu hingga jutaan kali. Bersama dengan Def Jam Asia Tenggar, tidak mustahil bagi MukaRakat untuk bersinar bukan hanya di arena muzik hip-hop Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, Asia, malah di dunia.

 

Twitter: @MukaRakat_

Facebook: facebook.com/Mukarakatofficial

Instagram: @mukarakatofficial

YouTube: MukaRakat Official


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *