KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER – Sumber tenaga semula jadi wujud di sekeliling kita dan ia mungkin datang dalam bentuk puting beliung atau batu lahar purba. National Geographic Channel (NGC) bekerjasama dengan GE untuk mempersembahkan sebuah siri terbaru berjudul Breakthrough yang dihasilkan oleh Imagine Entertainment dan Asylum Entertainment, di mana sekumpulan saintis dan usaha mereka mencari dan menjana tenaga yang boleh diperbaharui dan mampan mendapat perhatian di dalam episod Energy On The Edge arahan penulis / pengarah yang telah memenangi Academy Award, Akiva Goldsman.
Siri yang dipersembahkan oleh National Geographic Channel (ASTRO Saluran 553) dan National Geographic Channel HD (Astro Saluran 573) ini akan memaparkan episod Energy On The Edge pada 5 Disember, 10.00pm dan sebagai ganjaran istimewa, sebuah tayangan perdana telah diadakan pada hari ini dengan kerjasama Petrosains di Petrosains KLCC, Kuala Lumpur.
Para penonton akan dapat menyusuri pelbagai inovasi dan peningkatan dari tempat letak kereta dan lorong pejalan kaki yang menggunakan tenaga solar oleh kumpulan suami isteri Scott dan Julie Brusaw hinggalah Delaware’s Dogfish Brewery yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur yang paling tidak disangka seperti sampah, najis haiwan, wiski, bir dan sisa buangan berasaskan susu boleh digunakan untuk mencipta bahan api bio dengan menggunakan teknologi yang dicipta oleh mereka.
Turut dipaparkan di dalam episod yang menarik ini adalah bagaimana seorang jurutera Louis Michaud menjana tenaga dari puting beliung dengan menggunakan Atmospheric Vortex Engine manakala pengurus The Iceland Deep Drilling Project, Bjarni Palsson mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan membina sebuah perigi yang akan menggunakan magma lebur untuk mencipta tenaga elektrik yang bersamaan dengan enam perigi stim. Dan di University of Syracuse, ahli geologi Jeff Karson dan artis Bob Wysock telah mula menjana tenaga dari bahan-bahan gunung berapi. Karson dan Wysock menghangatkan semula batu lahar dari limpahan lahar Wisconsin purba sehingga ia menjadi cair. Ia merupakan satu-satunya tempat di dalam dunia yang mencipta laharnya sendiri bagi tujuan eksperimen. Kumpulan ini akan menjalankan sebuah eksperimen untuk mendemonstrasikan tenaga asas haba lahar, terutamanya apabila ia bertembung dengan air dan mencipta stim.
Cik Penny Tan, Pengarah Pemasaran FOX International Channels (FIC), yang sentiasa berusaha untuk menawarkan para penontonnya rancangan-rancangan hiburan yang terbaik, berkata, “Breakthrough menampilkan paparan menarik tentang pelbagai penemuan saintifik yang diarahkan oleh pengarah-pengarah Hollywood dalam usaha membawakan sains lebih dekat kepada para penonton umum. Oleh itu, kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Petrosains sekali lagi bagi menganjurkan tayangan perdana ini.”
Cik Shamini Balan, Pengarah Pemasaran Petrosains, The Discovery Centre berkata, “Kami gembira untuk bekerjasama dengan Fox International Pictures atau FIC sekali lagi melalui saluran terkenalnya iaitu National Geographic Channel. Usahasama bagi siri dokumentari “Breakthrough” ini adalah yang kedua bagi Petrosains dan FIC, selepas usahasama pertama yang cukup berjaya bagi siri “Dino Month” pada Jun 2015. Kami berkongsi matlamat yang sama dengan FIC iaitu untuk membawa sains lebih dekat kepada orang awam dan menjadikan sains sebagai budaya di negara ini. Sains berada di mana-mana sahaja, ia mengawal kehidupan kita dan membantu kita menghadapi realiti di luar sana dari sudut pandangan yang berilmiah dan bermakna.
Sebagai institusi pembelajaran yang tidak formal, kami komited untuk bersatu di atas platform yang memberikan para penonton dan pengunjung pengetahuan dan maklumat yang membantu dalam penemuan, pemahaman dan penghargaan kepada sains, serta sumbangannya yang bermakna kepada manusia.”
Penulis / pengarah yang telah memenangi Academy Award, Akiva Goldsman berkata beliau percaya bahawa pendekatan yang berterusan dalam percubaan untuk mencipta perubahan di dunia ini adalah sangat penting, “Saya tidak boleh berkata bahawa mana-mana inovasi yang dipaparkan adalah langkah seterusnya untuk memasuki sempadan dunia yang baru. Apa yang penting adalah untuk semua orang terus berusaha mencari langkah yang seterusnya – rancangan ini benar-benar berkisar tentang kebolehan individu untuk mengubah dunia.”
Beliau menyimpulkan, “Sepuluh tahun dahulu, mungkin kita menoleh kepada satu sama lain dan berkata pembelahan nuklear pasti akan menjadi penyelesaiannya namun kita masih belum boleh melakukannya. Jika kita tidak terus mencuba, pasti tidak akan ada penyelesaian.”
Orang ramai yang ingin mengetahui konsep asas di sebalik penemuan yang dipaparkan di dalam Breakthrough boleh mengunjungi kawasan Hot Science di Petrosains, Tingkat 4, Suria KLCC dan menyertai aktiviti bertemakan Breakthrough hingga 13 Disember 2015.
Saksikan Energy On The Edge oleh Akiva Goldsman pada hari Sabtu, 5 Disember 2015 di National Geographic Channel dan National Geographic Channel HD (ASTRO Saluran 553 dan 573) pada 10.00pm.
Sabtu ini, ketahuilah jika para penyelidik telah menjumpai rahsia keremajaan melalui penyelidikan mereka dalam The Age Of Aging yang diarahkan oleh Ron Howard dan episod akhir Breakthrough: Water Apocalypse yang diarahkan oleh Angela Bassett pada 12 Disember. Kedua-dua episod ini akan ditayangkan pada 10.00pm di National Geographic Channel dan National Geographic Channel HD (ASTRO Saluran 553 dan 573)
Siri yang dibawakan oleh National Geographic dan GE, jenama-jenama yang telah lama berdedikasi untuk inovasi, sains dan penjelajahan, ini akan ditayangkan di National Geographic Channels di 440 juta rumah di 171 negara, dalam 45 bahasa. Antara penerbit eksekutif lain termasuklah Michael Rosenberg dari Imagine Entertainment, Ryann Laukner dari Asylum Entertainment, Beth Comstock dari GE dan Linda Boff dari GE. Hamish Mykura adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kandungan Antarabangsa bagi National Geographic Channels International.
GE dan National Geographic Channel bersatu di atas komitmen untuk memberi inspirasi kepada minda-minda ingin tahu di seluruh dunia melalui siri terbaru BREAKTHROUGH ini.