(HIBURAN) ntv7 rai kejayaan dalam Asian Television Awards ke 17

Spread the love

Saluran Ceria Anda bawa pulang anugerah Rancangan Realiti Terbaik  dan menerima pujian tertinggi dalam empat pencalonan di Anugerah Televisyen Asia ke 17

Malam penganugerahan Asian Television Awards ke 17 (ATA 17) yang berlangsung minggu lepas menyaksikan stesen ntv7 merebut anugerah Rancangan Realiti Terbaik menerusi siri realiti What Men Want apabila diumumkan pada majlis berprestij itu di Hotel Shangri-La, Singapura. Stesen ntv7 itu juga merupakan satu-satunya stesen kebanggaan Malaysia yang berjaya membawa pulang anugerah pada malam tersebut.

 “Banyak maknanya apabila memenangi anugerah ini terutama apabila berjaya menyaingi rancangan antarabangsa yang lain seperti Restaurant Bobby Chin dan  Portraits China: Jackie Chan yang sememangnya diikuti siarannya di seluruh Asia. Kemenangan ini menjadikan segala penat lelah dan cabaran yang kami alami sebelum ini ternyata berbaloi. Kami amat berbangga dengan pencapaian enam jejaka yang menyertai rancangan ini bersama insan tersayang mereka yang sudi berkongsi kehidupan mereka untuk tontonan orang ramai serta semua kru produksi yang amat berdedikasi menjayakan rancangan ini. Tidak dilupakan adalah stesen ntv7 yang tidak putus-putus menghulurkan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap produksi kami. Rasanya sangat hebat dapat mewakili Malaysia di dalam anugerah ini. “Malaysia boleh!” kata Tan Yin Yin, Penerbit What Men Want.

ntv7 yang menyambut ulang tahun ke 14 tahun ini juga dinamakan sebagai stesen yang mendapat pujian tertinggi di majlis ATA 17 di mana majlis itu dianjurkan bagi memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan  dalam bidang penerbitan, rancangan serta persembahan produksi TV dari seluruh Asia. Saluran ntv7 juga diberi penghormatan dalam tiga buah pencalonannya sebai judul yang harus mendapat pujian tertinggi dalam anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (Debbie Goh, The Descendant), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (Jojo Goh, Forget Me Not) dan “Lagu Tema Terbaik” (Wu Jia Hui, The Descendant).

Debbie yang turut hadir dalam majlis itu amat teruja dengan pencalonannya. “Saya rama amat hebat untuk mendapat pengiktirafan sebesar ini. Saya ingin berterima kasih kepada ntv7 kerana peluang yang diberikan serta kepercayaan mereka terhadap bakat saya,” kata Debbie penuh gembira.

Penyanyi Wu Jia Hui juga menghadiri majlis itu dan berkongsi perasaan gembira setelah mendapat penghormatan itu. “Tercalon dalam anugerah sebesar inisudah memberi kepuasan serta pengiktirafan sewajarnya terhadap saya. Saya rasa sudah seperti menjadi salah seorang pemenang. Saya kan teruskan berusaha keras dan cuba membanggakan negara saya,” kata penyanyi tersebut.

 

Ntv7 menerima sepuluh pencalonan ada malam itu termasuklah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (dua pencalonan), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (dua pencalonan), “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu” (satu pencalonan), Lagu Tema Terbaik (tiga pencalonan), “Lakon Layar Terbaik” (satu pencalonan) dan “Rancangan Realiti Terbaik” (satu pencalonan).

Pencapaian yang di luar jangkaan ini pastinya memastikan ntv7 meneruskan usahanya dalam menerbitkan lebih banyak kandungan hasil produksi tempatan.

“ntv7 adalah salah satu daripada peneraju kandungan hasil produksi tempatan dan sentiasa berjaya mengekalkan rating yang baik untuk rancangan-rancangannya. Pencapaian di Asian Televison Awards ke 17 ini merupakan salah satu dorongan untuk kami meneruskan penerbitan kandungan produksi tempatan yang berkualiti kepada para penonton” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Sementara itu, sebuah pengumuman menarik baru-baru ini mewar-warkan bahawa Media Prima Berhad dan MediaCorp Singapura akan membuat usahasama dalam menghasilkan dua drama bersiri Melayu – “Melangkaui Masa” dan “Cikgu Cinta” yang dijadualkan bersiaran di TV3 pada tahun hadapan. Ini merupakan kerjasama kedua di antara dua syarikat itu semenjak menjalinkan hubungan sejak tahun 2006.

Majlis Asian TV Awards ke 17 menyaksikan seramai 14 buah negara Asia dengan penyertaan sejumlah lebih 1,300 diterima daripada pelbagai genre dari nkategori televisyen dan persembahan. 48 juri profesinal daripada 12 buah negara telah diberi tanggungjawab dalam memilih pemenang daripada 38 kategori yang dipertandingkan.

Kategori

Pencalonan

  1. Rancangan Realiti Terbaik
  • What Men Want
  1. Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama
  • Yeo Yann Yann (The Descendant)
  • Debbie Goh (The Descendant)
  1. Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Pembantu
  • Frederick Lee (The Descendant)

 

  1. Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Pembantu
  • Jojo Goh (Forget Me Not)
  • Miao Miao (Happy Family)
  1. Lakon-layar Drama Terbaik
  • Happy Family
  1. Lagu Tema Terbaik
  • Xiong Huo (The Descendant)
  • Hui (The Descendant)
  • Ji Mo Chu Kou (Laws of Attraction)

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *