(HIBURAN) Pelakon Korea Selatan Lee Je Hoon Raikan Ulang Tahun Ke-20 Kerjaya Seni Menerusi Fan Meeting di Malaysia pada 11 April

Spread the love

(Kuala Lumpur, 14 February 2026) – Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je Hoon, yang telah lama menambat perhatian penonton menerusi pelbagai watak di kaca televisyen dan layar perak, bakal menemui peminatnya di Malaysia menerusi sebuah acara fan meeting.

Dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity dan dianjurkan bersama oleh TopGallant Show, 2026 LEE JE HOON FANMEETING [Our 20th Moment] in Kuala Lumpur akan berlangsung pada 11 April 2026 (Sabtu), jam 6 malam, bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri hiburan, fan meeting ini diadakan sebagai satu penghargaan dan perkongsian detik bermakna antara Lee Je Hoon dan para peminat yang hadir.

Sejak kebelakangan ini, Lee Je Hoon dikenali menerusi peranan utama dalam drama popular tiga musim, “Taxi Driver”, yang menyaksikan beliau memenangi Anugerah Drama SBS – Grand Prize (Daesang) pada 2023 dan 2025, selain menerima Top Excellence Award pada tahun 2021.

Beliau turut membintangi drama “Signal” (2016) yang mendapat penarafan tinggi dan akan kembali dengan Musim Kedua pada tahun ini.

Lee Je Hoon mula meraih perhatian menerusi filem indie “Bleak Night” (2011) sebelum mencatat kejayaan menerusi filem box-office “Architecture 101” (2012). Antara karya lain yang mendapat sambutan termasuk drama “Move to Heaven” (2021), “Chief Detective 1958” (2024) serta filem “Escape” (2024).

Para peminat boleh menantikan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan istimewa serta sesi interaksi bersama Lee Je Hoon, termasuk peluang sesi tandatangan poster dan fotografi bagi peminat terpilih sebagai sebahagian daripada faedah peminat.

Harga Tiket dan Faedah Peminat:

  • SVIP – RM888
    • Faedah: Sound check, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital tandatangan serta tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua;
    • Poster bertandatangan secara langsung + sesi foto 1:1 untuk 30 peminat;
    • Sesi foto (1:1) untuk 50 peminat;
    • Sesi foto berkumpulan (1:4) untuk 40 peminat;
    • Sesi foto berkumpulan (1:8) untuk peminat yang berbaki; – Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 30 peminat; – Poster bertandatangan untuk 100 peminat.
  • VIP BOX – RM4,988 / VIP – RM658
    • Faedah: Sound check, sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital tandatangan serta tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua;
    • Sesi foto 1:1 untuk 15 peminat;
    • Sesi foto berkumpulan (1:15) untuk peminat yang berbaki; – Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 15 peminat; – Poster bertandatangan untuk 30 peminat.
  • ZONE A – RM398
    • Faedah: Sesi foto berkumpulan (1:25), sesi Hi-Touch, poster rasmi dengan digital tandatangan serta tiket cenderamata eksklusif Kuala Lumpur untuk semua; – Polaroid bertandatangan eksklusif untuk 5 peminat; – Poster bertandatangan untuk 20 peminat.

Tiket boleh didapati menerusi fantopia.io, my.trip.com dan www.ctrip.com bermula 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12 tengah hari.

Ikuti San Yan Si Yu di Instagram (@_sanyansiyu_) dan X (@sanyansiyu29) untuk mendapatkan kemaskini terkini. Layari www.topgallantshow.com untuk maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *