Karmal yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur merupakan seorang ahli muzik yang berbakat dalam bidang rap yang juga dikait rapat dengan budaya hip-hop. Hari ini 26 September 2014, Warner Music Malaysia dan Mixology Music dengan berbesar hati melancarkan album sulung Karmal yang bertajuk “Appreciate”. Karmal yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hop ini menggunakan bakat dan kehebatan dirinya dalam menulis lirik lagu yang juga di bantu oleh beberapa artist hebat di dalam muzik hip-hop tempatan seperti DJ Fuzz, Altimet, Achap Salammusik, dan ramai lagi. Album “Appreciate” ini juga telah di karang oleh Karmal sendiri bersama DJ Fuzz, Sonaone, dan Aziquebeats. Kehebatan Karmal dalam mengarang lagu terbukti apabila single ‘Party Sampai Pagi’ atau lebih dikenali sebagai ‘PSP’ mendapat sambutan hangat terutama sekali di kalangan remaja yang berjiwa hip-hop. Lagu itu juga telah di-remix menjadi “Bola Sampai Pagi” yang turut dimuatkan di dalam album “Appreciate”.
Album “Appreciate” sudah pasti akan memberi kepuasan di hati para pendengar terutama sekali bagi mereka yang meminati hip-hop/rap yang berbunyi dari tahun 1990-an. Selain muzik rap, unsur-unsur R&B juga boleh didengari dalam album ini seperti lagu “Shining Star” dimana Karmal telah bergabung dengan artis baru iaitu Hani dan Zue. Bakat Karmal tidak terbatas pada mengarang lagu sahaja, Karmal juga telah mereka kulit album beliau sendiri dan turut menggunakan beberapa koleksi gambar peribadinya sebagai kenangan dan tanda terima kasih Karmal terhadap mereka yang terlibat di dalam pembikinan album “Appreciate” secara langsung atau tidak langsung. Album “Appreciate” mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Karmal, kerana album itu di dedikasikan khas untuk arwah neneknya yang telah banyak membantu Karmal bukan sahaja dalam muzik tetapi di dalam kehidupan juga.
Bagi mereka yang belum tahu, “Appreciate” merupakan album sulung Karmal, namun pengalamannya dalam industri muzik bukan lah baru. Sebelum ini, Karmal pernah menerbitkan 3 ‘online mixtape’ dimana beliau telah bekerjasama dengan Joe Flizzow, Linda dan Diana Rafar, Sonaone, Nadhira, dan juga Wizzow dari Indonesia. Pada tahun 2011, Karmal juga telah melancarkan EP pertamanya yang berjudul ‘Bangkit’ dan juga mendapat pencalonan dari JUICE untuk ‘Best Local Act 2011’ pada tahun tersebut.
Album ‘Appreciate’ oleh Karmal ini merupakan satu lagi edaran dari Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.
Social media Karmal:
Twitter / Instagram / Youtube : itskarmal
Facebook : facebook.com/karmalonline
Soundcloud : www.soundcloud.com/karmal
Senarai lagu yang yang terdapat di dalam album ‘Appreciate’;
- Appreciate The Intro
- Whats Up
- Whoa
- Party Sampai Pagi (PSP)
- Ragam Manusia – Feat Fidz
- Go Get It (Interlude)
- Can’t Stop Me – Feat Wand
- Gangsta
- Whatever – Feat Mosyi, Balan Kashmir & Jin Hackman
- Aku Nak Duit – Feat Zizi & Frequensi NSSN
- OG – Feat Sonaone & DJ Biggie
- Human (Interlude)
- Human – Feat Songstress & Vandal
- Shining Star – Feat Hani & Zoe
- Terima Qasih
- Bola Sampai Pagi (PSP Remix)