(HIBURAN) Pelancaran Album Ramadan 1445 DAQMIE

Spread the love

Daqmie Music Factory telah mengumumkan pelancaran album terbaru Daqmie bertajuk “Ramadan 1445”, karya kolektif ini dilancarkan oleh Datuk Dr Haji Ariffin bin Dato Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovatif Sabah, pada 13 Februari 2024, bertempat di Restoran Rebung Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Daqmie, seorang pemuzik yang berpengalaman sejak 1989, telah berkembang dari penyanyi kumpulan East menjadi seorang produser,sound engineer, penulis lagu, dan lirik yang disegani. Dengan kerjaya yang merentasi dekad, Daqmie telah memberikan sumbangan besar kepada industri nasyid, bekerja bersama kumpulan-kumpulan terkemuka seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, dan banyak lagi. Kejayaan beliau termasuk memenangi Anugerah IKIMFM dan menjadi pemenang utama Anugerah Industri Nasyid 2021. Beliau juga merupakan lulusan dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Creative Industry Management .

Album “Ramadan 1445” ini adalah hasil cetusan antara Daqmie dan sahabatnya, Adi Pitang, dengan sokongan kuat dari Datuk Dr Haji Ariffin bin Dato Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovatif Sabah, yang juga berperanan sebagai penerbit eksekutif bersama Puan Syarifah Durrah uzma Syed Jaffar Mohiuddin Shah. Album ini turut menampilkan kerjasama antara Daqmie dengan kumpulan Rabbani yang di kenali seluruh negara dan kumpulan Syahmura dari Sabah sebuah kumpulan yang mempunyai bakat yang hebat dan mempunyai masa yang panjang untuk mencipta kejayaan, memberikan suatu perpaduan unik dalam muzik dan lirik.

Penerbitan album ini melibatkan beberapa nama besar dalam industri muzik termasuk Alfa Booty, Wan Saleh, Amin Nordin, dan Tam Cobain, dengan rakaman diadakan di studio-studio ternama seperti RML Studio, Rekaman Studio, dan Smart Audio Studio. Kulit album dihasilkan oleh Baam by Rampage Studioworks, sementara lagu dan lirik dicipta oleh Daqmie bersama Ito Lara, Ustaz Hafiz Nordin, Yusof Sabah, dan Yb Dato Dr Haji Arifin sendiri yang menggunakan nama penanya iaitu Mawar Arif dan Abu Sofia.

Album ini merupakan langkah awal Daqmie Music Factory menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Yang Berhormat Dato Dr Haji Ariffin dalam mengembalikan semula kegemilangan nasyid di Sabah.

Album ini mengandungi 18 keratan termasuk 10 doa dan 4 lagu dendangan penuh serta 4 minus one oleh Rabbani bersama Daqmie dan Syahmura, menawarkan suatu pengalaman spiritual dan emosional yang mendalam sempena bulan Ramadan. Sebagai tambahan, peminat akan berpeluang untuk menikmati music video lagu “Yang Dirindui” yang akan ditayangkan di YouTube Channel Daqmie Official pada 16 Februari 2024.

“Ramadan 1445”  ditawarkan pada harga RM69.90 untuk 500 unit pertama. Untuk pembelian, sila hubungi talian 0174882091 atau melalui IG, TikTok, dan laman Facebook Daqmie.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan rohani ini melalui muzik yang memukau dan mendalam dari Daqmie dan rakan-rakan kolaborasinya.

Senarai doa dan lagu lagu :

  1. Selawat ke atas Nabi
  2. Penghulu Istighfar
  3. Doa ibu bapa
  4. Doa Mohon Rahmat dari Allah
  5. Doa mohon kesempurnaan cahaya
  6. Doa mohon keampunan dan kebaikkan di Akhirat
  7. Doa agar diberikan keluarga bahagia
  8. Doa taubat dan mohon keberkatan dalam hidup serta kesihatan
  9. Doa agar keluarga taat mendirikan solat
  10. Doa agar di berikan kebaikkan dunia dan akhirat
  11. Rasul Junjungan ( Syahmura duet Daqmie)
  12. Ramadan ini (Daqmie)
  13. Bulan Kemuliaan (Daqmie feat Syahmura)
  14. Yang Dirindui ( Rabbani feat Daqmie)
  15. Rasul junjungan (minuso one)
  16. Ramadan ini (minus one)
  17. Bulan kemuliaan (minus one)
  18. Yang di rindui (minus one)

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *