Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan kerjasama Urusetia Uptown Puchong Permai telah melancarkan album single beramai-ramai artis tempatan bersempena pelancaran Bloodbooster RockNRoll Music 2018 bertempat di Uptown Puchong Permai, Selangor.
Bloodbooster RockNRoll Music 2018 bertujuan menyediakan pentas persembahan untuk artis baru untuk memperkenalkan single atau lagu mereka ke pentas hiburan semasa.
Antara artis-artis yang terlibat untuk program Bloodbooster RockNRoll Music 2018 antaranya adalah, ROSLI MOHALIM (SWEAT CHARITY), AMIN SHUKRI, JUNA JURI, FARID ANUAR, AMY, AINZ, PIJOY, AMERINGGO, 4-NO-T, JOY OREN, NAYP BAND, SINOPSIS BAND dan DOMINANT BAND.
Bercakap mengenai Visi dan Misi Konsortium IRAMA adalah jelas dan nyata antaranya :
- Membantu ahli-ahli dalam merealisasikan karya-karya mereka untuk di ‘ Airplay
penyiaran dan elektronik tanpa alasan munasabah. - Membantu ahli-ahli menjana pendapatan di dalam bidang rakaman digital dan
persembahan - Membantu ahli-ahli dalam sudut ekonomi dan kebajikan.
Justeru itu pihak IRAMA menyeru semua rakan-rakan wartawan didalam industri media hiburan agar prihatin, bersatu dan berganding bahu dalam membantu memertabatkan industri hiburan tanahair ketahap yang disegani secara global.