(HIBURAN) Pelancaran Runut Bunyi SERU CINTA Filem MAR RAK

Spread the love

BUKIT JALIL KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2023 – Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing Iagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato’ T.S.Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini. Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato’ T.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Emie. Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.

Muzik video lagu ‘Seru Cinta’ terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini. Menariknya, lirik lagu ‘Seru Cinta’ ini telah dihasilkan sepernuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato’ T.S.Jeffry sendiri yang diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Filem Mar Rak terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SON BHD ini mendapat kerjasama serta edaran METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 NOVEMBER 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem triller horror ini .

Tajuk Lagu : SERU CINTA
Lirik : Dato’ T.S.Jeffry
Lagu dan muzik : Kabir Bambu
Penyanyi : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James
Durasi : 2 minit 20 saat.
Rakaman : Aby Studio and Entertainment
Hak Cipta : Pentas Wayang Production Sdn Bhd


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *