(HIBURAN) PELAYARAN EPIK STAR VOYAGER CRUISE (SVO) BERSAMA LEGENDARIS KRU

Spread the love

KUALA LUMPUR, — Sejak kemunculannya dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1992, KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini. Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti. Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 — yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records — dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air.

SUKA BAWA KRU & PEMINAT BERLAYAR DI ATAS KAPAL MEWAH

Bersedia untuk pengalaman luar biasa apabila SUKA Cruise, dengan sokongan StarDream Cruise dan Sony Music Malaysia, mempersembahkan STAR KRUise Showcase — penganjuran pertama seumpamanya yang akan membawa KRU dan peminat mereka berlayar bersama di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama 5 hari 4 malam.

Pelayaran ini akan berlangsung dari:

  • 25 hingga 29 Januari 2026 (Perlepasan dari Singapura)
  • 26 hingga 30 Januari 2026 (Perlepasan dari Port Klang, Malaysia)

Laluan pelayaran pula merangkumi destinasi menarik — Singapura • Port Klang • Phuket • High Seas • Singapura / Port Klang.

PENGALAMAN EKSKLUSIF DI LAUTAN

Pelayaran ini bukan sekadar percutian mewah — ia adalah pengalaman eksklusif untuk menjadi tetamu VVIP KRU, menyaksikan persembahan istimewa mereka secara dekat di atas kapal yang membelah samudera, lengkap dengan pelbagai aktiviti hiburan, sajian antarabangsa, dan fasiliti bertaraf dunia.

Menurut Adam Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SUKA Travel & Tours Sdn. Bhd., penganjuran ini adalah manifestasi komitmen syarikat untuk terus memberi pengalaman unik kepada peminat.

“Kami sentiasa mencari kelainan untuk memberi kepuasan dan pengalaman berbeza, bukan hanya kepada peminat, tetapi juga kepada artis yang kami bawa. Selepas kejayaan penganjuran konsert GenKRU, kami mahu mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa — maka lahirlah idea Star KRUise Showcase, persembahan epik di atas lautan yang memadankan kehebatan KRU dengan kemewahan pelayaran bertaraf antarabangsa,” ujar Adam.

Bagi pihak KRU, idea yang dibawa oleh penganjur disambut dengan penuh keterujaan kerana ia bukan sahaja memperkenalkan konsep baharu, malah menjadi mercu tanda sejarah dalam industri hiburan Nusantara.

“Kami amat teruja untuk membuat persembahan di atas kapal persiaran buat pertama kali dalam kerjaya kami. STAR KRUISE SHOWCASE di atas STAR VOYAGER CRUISE yang merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand menjanjikan pengalaman yang cukup unik dan bermakna.

Persembahan ini direka khas untuk mencipta suasana yang lebih dekat dan peribadi bersama peminat — jauh berbeza daripada konsert berskala besar. Kami ingin peminat merasai kehangatan dan keikhlasan setiap lagu yang disampaikan, dalam suasana yang lebih santai dan eksklusif.

Lebih daripada itu, kami sangat menantikan peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama peminat sepanjang pelayaran ini. Ia bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan penuh kenangan yang akan kami kongsi bersama – Norman mewakili KRU”.

“Kami tidak melakukan Star KRUise Showcase untuk mencari populariti, tetapi untuk memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza kepada peminat.Persembahan di atas kapal mewah yang berlayar dari Singapura, Malaysia dan Thailand ini akan memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama kami dalam pelayaran bersejarah ini,” ujar Datuk Norman Abdul Halim bagi pihak KRU.

PAKEJ PELAYARAN & SHOWCASE

Peminat boleh memilih daripada beberapa pakej istimewa yang disediakan untuk pelayaran ini:

Jenis Kabin 1st & 2nd Pax 3rd & 4th Pax
Interior Stateroom (ISS) RM2,588 RM1,888
Oceanview Stateroom (OSS) RM2,888 RM1,988
Balcony Stateroom (BSS) RM2,988 RM2,188
Palace Suite (DPS) RM4,988 RM3,988

Pakej Termasuk:
✅ Cukai Pelabuhan (RM420)
✅ Tiket Showcase KRU

Tidak Termasuk:
❌ Gratuities

ISS/OSS: SGD27/pax/malam | BSS: SGD33/pax/malam | Palace: SGD40/pax/malam

Tambahan Eksklusif:
🎟️ VVIP Pass – RM400/pax
(Naik taraf ke tempat duduk VVIP + Cenderahati eksklusif KRU + Sesi Meet & Greet bersama KRU)

PELUANG YANG TIDAK AKAN BERULANG

“Selain menikmati persembahan eksklusif KRU, para penumpang juga berpeluang menjelajahi Phuket dan Singapura, menikmati pelbagai program hiburan, makanan halal antarabangsa serta kemudahan mewah di atas kapal. Ia bukan sekadar konsert — tetapi pengalaman hidup yang akan dikenang sepanjang hayat,” tambah Adam.

Jangan lepaskan peluang berlayar bersama legenda dan menjadi sebahagian daripada sejarah STAR KRUise Showcase, Januari 2026 ini. Tempat adalah terhad.

Untuk tempahan, peminat boleh menghubungi Agen-agen SUKA Cruise yang terpilih.

AGENT PLATINUM

  1. 365 Travel & Tours Sdn Bhd: 012-390 3560, 019-6002553
  2. Afrina Batrisyia Travel & Tour Sdn Bhd: 017-466 5699,012-341 1786
  3. Dazzle Travel Sdn Bhd: 012-316 4401, 016-312 8471
  4. Flywind Holidays Sdn Bhd: 017-541 2350
  5. Prima One Holidays & Tours Sdn Bhd: 013 – 248 8719
  6. Prides Tour Sdn Bhd: 010-468 0708, 019 – 269 2918
  7. Wani Don Holidays Sdn Bhd: 013 – 775 6995

AGENT GOLD

  1. AVS Travel Sdn Bhd: 010 – 2929 383, 010 – 357 9729
  2. Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd: 011 – 1162 4414
  3. NUH Travel & Tours Sdn Bhd:  018 – 247 5124, +60 19 – 617 4211
  4. Inter-Continental Travel Centre Sdn Bhd: 012 – 887 1095
  5. NMDA Holidays Sdn Bhd: 011- 5757 1490, 019 – 212 2379
  6. Tripfez Travel & Tours Sdn Bhd: 018 – 292 9973, 011 – 3730 0917

MAKLUMAT ACARA

Acara: Star KRUise Showcase
Artis: Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Lokasi: Star Voyager Cruise (SVO)
Tarikh Pelayaran:
• 25–29 Januari 2026 (Singapura – Port Klang – Phuket – High Seas – Singapura)
• 26–30 Januari 2026 (Port Klang – Phuket – High Seas – Singapura – Port Klang)
Tempoh: 5 Hari 4 Malam
Penganjur: SUKA Cruise (SUKA Travel & Tours Sdn Bhd)
Disokong oleh: StarDream Cruise & Sony Music Malaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *