(HIBURAN) Pentas RadjaWali Gegarkan Idea Live Arena pada 10 Januari 2026

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Gabungan dua kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja dan Wali, kini bersatu dalam sebuah konsert megah yang dinamakan “Pentas RadjaWali Live in Malaysia”, bakal berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Nama “RadjaWali” sendiri membawa aura tersendiri – sedap di sebut, dan padat dengan makna gabungan dua kuasa besar muzik Nusantara yang masing-masing memiliki barisan peminat setia di Malaysia.

Dua Legenda, Satu Pentas

Konsert ini menjanjikan satu malam luar biasa yang bakal menggetarkan jiwa para peminat dengan persembahan bertenaga, penuh emosi dan nostalgia.

Bagi peminat Radja, lagu-lagu ikonik seperti “Jujur”, “Tulus”, “Bulan” dan “Cinderella” pasti menggamit kenangan manis yang masih segar hingga kini.

Sementara itu, kumpulan Wali pula bakal menghiburkan “Para Wali” dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka termasuk “Cari Jodoh”, “Baik-Baik Sayang”, “Yunk”, “Doaku Untukmu Sayang” dan “Tomat (Tobat Maksiat)”.

Kata Radja: “Malaysia Selalu Dekat di Hati Kami”

Ditubuhkan pada tahun 2001 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Radja dianggotai oleh Ian Kasela (vokal), Moldy (gitar utama), Indra Riwayat (bass), dan Seno Aji Wibowo (dram).

Mengusung genre pop rock dan rock melayu moden, Radja meluahkan keterujaan mereka untuk kembali ke Malaysia.

“Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila kami diundang untuk beraksi semula di Malaysia. Kami janji akan berikan persembahan terbaik buat semua yang hadir,” ujar Radja penuh semangat.

Wali: “Malaysia Ibarat Rumah Kedua Kami”

Kumpulan Wali pula yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Ciputat, Tangerang Selatan, dianggotai oleh Faank (vokalis utama), Apoy (gitar utama & komposer), Ovie (keyboard), dan Tommy (dram).

Genre muzik mereka yang berteraskan pop, pop rock, pop religi dan pop melayu telah menjadikan Wali antara kumpulan paling digemari di rantau ini.

“Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami sentiasa dirindui oleh peminat di sini — begitu juga kami yang merindui sambutan mesra dan juadah enak di Malaysia. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan persembahan berbeza daripada sebelumnya,” ujar kumpulan Wali.

Tiket Mula Dijual Hari Ini

Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia dianjurkan oleh Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events, dengan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama.

Tiket-tiket kini mula dijual menerusi Fantopia.io dan boleh dibeli dengan lebih mudah melalui ShopeePay.

Kategori tiket adalah seperti berikut:

Kategori Harga (RM)
VIP 977
RW2 477
RW3 277
RW4 177
RW5 & RW6 477
RW7 377

 

 

 

 

 

 

Maklumat Konsert

Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)

Lokasi: Idea Live Arena, Petaling Jaya

Artis: Radja & Wali (Live in Malaysia)

Tiket: Fantopia.io

Pembayaran: ShopeePay diterima

Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events)

infinitylovecreativeventures@gmail.com

Hotline: 011-3300 0017


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *