Spread the love
SINOPSIS filem Aku Ada..Kau Ada ??
Filem ini mengisahkan tentang Nordin lakonan Shahizy Sam bertemu semula dgn Tina (Yana Samsudin) setelah 15 tahun berpisah. Mereka berdua mempunyai kisah lama yg kurang mesra yang berlaku di zaman kanak2 mereka. Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan di dalam persembahan berkumpulan kelas teater. Semakin lama bertengkar menyebabkan Tina dan Nordin menyedari mereka sebenarnya mempunyai perasaan suka antara satu sama lain. Adakah mereka berdua berjaya menyatakan perasaan cinta terhadap satu sama lain ?? …saksikan lah nanti pada 24 Mei 2012 (edaran MIG)
ULASAN :
Apabila membaca siaran akhbar mengenai pengarah filem ini..iaitu Rahila Ali..penulis meletakan beliau sebagai seorang yg boleh menghasilkan filem yg baik berdasarkan 15 tahun pengalaman dlm dunia pengarahan. Tapi…… ok berbalik pada filem..
Penulis merasakan pihak pengarah tidak mengeksplorasikan secara total keindahan yg terdapat di negara Korea (pengambaran dibuat di sana dgn sokongan Korea Tourism Organization). Asyik berkisar dlm dewan universiti jer…ekekekekk. Terdapat watak yg tak perlu dlm filem ini sbg contohnya “Prof Rubi “..mana mungkin dlm kuliah universiti sampai ada 2 pensyarah..cukup dgn “Prof Kus” lakonan Angah Raja Lawak pun dh OK..sebab tak nampak keserasian pun..nk kata lucu pun x lucu gak. Motif pengganti Tina dlm kumpulan teater Nordin…si lelaki yg boleh bersuara lunak disebabkan meminum formula hijau ?? aduhhh dh mcm cite Cinderalela lak…mcm cerita dongeng ni..ekekke. Babak yg paling haru ialah babak HANTU..siap boleh snap gambar Aziz (lakonan Kamal Adli)..babak ini datang tanpa ada apa2 kesenambungan dari plot sebelumnya.. Penulis rasa agak rugi dgn pendedahan lokasi sebegini hebat dgn hanya menunjukan jalan cerita mengenai kumpulan student yg membuat persembahan teater (mcm konsert jer?) dah la bercampur aduk..kata battle of 2 gorup ?..pening kejap. Kenapa tidak digarap sebaik mungkin..masukan elemen2 “Korean Love Story” atau mengenai perpisahan 2 kekasih yg tiba2 bertemu di korea atau sebagainya lah..janji bukan story budak U..yg mana belajar U kat Korea tapi lecturing dlm bahasa Malaysia ? suruh la pelakon korea jadi pensyarah..baru real..(cari yg pandai ckp omputeh la)..apa salahnya guna elemen perkenalan di Malaysia..bertemu semula semasa belajar di Korea..atau pernah berada di Korea..balik ke Malaysia dan kembali ke Korea ?? Elemen pop dance ala2 K-Pop x salah..amat menarik..penulis pun suka..(mcm ala2 cerita Bollywood gitu)..lagu pun best2..terutamanya lagu duet Yana dan Sam.. Part komedi ?? penulis suka time Nordin gaduh dgn Aziz…ekkeekkek …akhir sekali..part zaman kanak2 nordin dan tina masa budak2..pendek sgt..penulis tak dpt tangkap asal usul..sebegitu juga bila Nordin bawa kereta mewah dan Aziz menunggang motosikal mewah …ehh mereka ni anak org kaya ke dlm cerita ni ?? menjadi tanda tanya penulis…ekekkeke..apa2 pun penulis ucap tahniah kepada Rahila Ali dan penerbit Puan Ayu Puteh (Pencil Picture)..semoga ia dpt dibaiki pada filem yg akan dating. Sekian
P/s : lagu sedap2 wooooo
Spread the love