(HIBURAN) RAYA NAK KE MANA? SINGLE RAYA TERBAHARU DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 Mac– Biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali memeriahkan sambutan hari raya dengan kemunculan single terbaharu, Raya Nak Ke Mana? Single terbaharu karya Aisha Retno dan RADi menjadi buah tangan terbaharu Siti Nurhaliza dengan garapan lirik Aisha Retno serta Amylea Azizan.

Lagu raya berentak zapin ini mengembalikan nostalgia lagu raya yang pernah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza namun mendapat sentuhan segar terbitan anak muda dua beradik, Aisha Retno dan RADi.

“Lagu raya cukup sinonim dalam kerjaya saya dan tahun ini saya berasa bertuah kerana dapat menyanyikan sebuah lagi karya yang mempunyai keistimewaan dan berpotensi malar segar,” ujar Siti Nurhaliza. Sebagai artis berpengalaman, Siti gembira kerana dapat bekerjasama dengan anak muda kerana yakin setiap pengkarya mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

Raya Nak Ke Mana? adalah bukti di mana pencipta muda juga mampu menghasilkan lagu raya yang enak didengar, mudah diikuti serta memberikan aura kemeriahan hari raya yang dirindui. Tambah Siti, pertama kali mendengar demo lagu Raya Nak Ke Mana?, beliau terus memutuskan untuk merakamkan lagu ini.

“Sekali dengar, lagu ini terus memikat hati apatah lagi lagu berunsurkan irama tradisional sentiasa melekat di hati saya. Saya sangat berharap agar lagu ini akan diterima pendengar dan peminat seperti koleksi lagu raya lain yang pernah saya nyanyikan,” ujar Siti.

Raya Nak Ke Mana? merupakan lagu terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd. Lagu ini mula dilancarkan di seluruh platform digital pada 12 Mac 2025. Video muzik lagu ini turut dilancarkan pada hari yang sama di saluran youtube rasmi Siti Nurhaliza pada pukul 5 petang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *