Johor Bahru, 2 Julai 2025 – Pihak penganjur Rockology Concert Tour 2025, RPM Events Sdn. Bhd., ingin menjelaskan bahawa konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor akan diteruskan seperti biasa.
Sejak beberapa hari lalu, terdapat khabar angin di media sosial yang menyatakan konsert Johor akan dibatalkan. Kami ingin menafikan dakwaan tersebut secara rasmi. Segala persiapan berjalan lancar dan pihak kami sedang giat menjalankan kerja-kerja akhir bersama pihak teknikal dan keselamatan.
“Saya rasa ramai yang tak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80an dan 90an di Johor bersama kami nanti. Walau apa pun yg berlaku kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan. InshaAllah… Jangan percaya cakap-cakap kosong. Jumpa kami di Rockology, 5 Julai 2025 nanti – bawa semangat rock tu sekali, kita nyanyi sama sama,” kata Dato’ Awie.
Konsert ini bakal menyatukan dua nama besar dalam sejarah muzik rock tanah air—Dato’ Awie dan Search (Kid Din)—dalam satu persembahan eksklusif yang pasti menggegarkan selatan tanah air. Kami menjemput seluruh peminat rock tanah air untuk hadir dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.
“Rockology bukan sekadar konsert—ia adalah gerakan untuk menghidupkan semula semangat rock sejati. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang luar biasa, dan kami ingin merakamkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan daripada semua pihak, termasuk peminat dan para penaja,” kata Dato’ Eddy, selaku Pengarah RPM Events.
TERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
- ibis Styles Johor Iskandar Puteri – selaku penaja rasmi penginapan artis, menyediakan penginapan eksklusif yang selesa buat barisan artis.
- Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) – selaku penaja minuman rasmi, yang akan membekalkan minuman sepanjang acara bagi memastikan penonton kekal segar dan bertenaga.
- The J & Lesong – selaku penaja makanan dan minuman bagi memastikan para artis, kru produksi, dan tetamu VIP menikmati hidangan berkualiti sepanjang program berlangsung.
- EMS Services – selaku penyedia servis perubatan rasmi, lengkap dengan ambulans dan kakitangan kesihatan bertauliah yang bersiap siaga sepanjang konsert.
- Perbadanan Awam Johor (PAJ) – selaku medium promosi bergerak di Bas Muafakat Johor.
Sokongan daripada para penganjur ini merupakan suntikan semangat besar bagi kami dalam menganjurkan acara yang berkualiti tinggi serta berimpak besar kepada industri hiburan tempatan.
PROMOSI EKSKLUSIF BELI 5, PERCUMA 1!
Untuk setiap pembelian 5 tiket dalam satu transaksi, anda akan menerima 1 tiket tambahan secara percuma. Tawaran ini sah untuk semua kategori tiket. Tertakluk pada terma & syarat.
PELUANG MENANG HADIAH EKSKLUSIF!
Para pemegang tiket juga berpeluang dipilih sebagai pemenang bertuah yang akan menerima pendrive edisi khas berisi rakaman eksklusif sesi latihan Rockology Concert Tour 2025 bersama Dato’ Awie & Search Kid Din. Pemenang akan diumumkan secara rawak. Tertakluk pada terma & syarat.
BUTIRAN KONSERT
Tarikh: Sabtu, 5 Julai 2025
Lokasi: EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor
Masa: 8:00 PM
Maklumat Tiket:
Free Standing: RM 98
Bronze: RM 98
Silver: RM 128
Rockzone: RM158
Gold: RM 188
Diamond: RM 350
Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui link https://rpm.ubertickets.asia/johor atau kunjungi laman media sosial rasmi RPM Events untuk info lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hantarkan e-mel kepada rpmerah@gmail.com

