Rudy Habibie ialah cerita tentang pencarian teman sejiwa seseorang. Sebuah cerita tentang pencarian cinta pertama dan cinta terakhir. Ianya sebuah cerita tentang Presiden Indonesia yang ketiga dan isterinya. Ianya sebuah cerita tentang Habibie dan Ainun.
Rudy Habibie, ialah seorang genius mengenai kapal terbang dan mepunyai impian yang besar. Dia menumpukan hidupnya untuk membina sebuah pesawat dengan harapan untuk menyatukan Indonesia. Sebagai seorang pelajar di Aachen, Germany, Rudy bukan sahaja belajar membina pesawat tapi juga belajar tentang erti persahabatan melalui pendekatannya dengan para pelajar lain seperti, Liem Keng Kie yang berbangsa China, Ayu seorang adik putri keraton dari Solo, Poltak, pemuda Batak yang jujur dan jenaka, dan Peter, seorang mahasiswa senior. Namun demikian, ILONA, mahasiswi keturunan Poland, ialah yang paling mempercayai cita-cita Rudy. Tapi tidak mudah bagi Rudy untuk mencari seorang yang bersefahaman dan ingin menyokongnya.
Latarbelakang Sejarah
Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie (dilahirkan 25hb Jun 1936) ialah seorang jurutera Indonesia yang menjadi Presiden Indonesia dari 1998 hingga ke 1999. Dia mewarisi kedudukan itu selepas Suharto meletak jawatan pada tahun 1998. Jawatannya sebagai Presiden dilihat sebagai masa peralihan ke era lepas Suharta. Sebagai Presiden, dia meliberalisasikan akhbar dan parti-parti politik Indonesia, dan mengadakan pilihanraya demokratik awal pada 1999. Ini mengakibatkan kehilangan jawatan Presidennya. Habibie ialah presiden Indonesia yang ketiga, selepas kemerdekaan.