Spread the love
7 Sept 2012 – Outloud Studios dan ATCEN milik pengarah dan juga penerbit filem Ernie Chen telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama para artis , pengamal media dan kakitangan beliau. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh VIP-VIP jemputan antaranya ialah Tan Sri Dato’ Napsiah Omar yang merupakan pengerusi eksekutif kumpulan dan pemegang saham kumpulan outLOUD Entertainment & Media Communications Group. Antara artis-artis terkenal tanah air yang sudi memeriahkan majlis ini antara Memey Suhaiza, Zul Huzaimi, Achong Sweetchild dan ramai lagi.
Spread the love