Tahun 2014, KRU Music telah melahirkan dan memperkenalkan ramai bakat-bakat baru di bawah label naungan mereka. Antara artis-artis tersebut seperti kumpulan duo lelaki #tag, bintang cilik berusia 9 tahun Hazury, penyanyi solo lelaki Qasri dan Fitri Hakim, kini tibalah peluang dua gadis yang dikenali sebagai ZiaBella. ZiaBella dianggotai oleh dua adik beradik yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Zia atau nama sebenarnya Nurul Shazia merupakan kakak sulung dan Bella atau nama sebenarnya Nurul Salsabila adalah adik bongsu, mereka hanya berdua beradik dan keakraban mereka terserlah dan saling melengkapi satu sama lain.
ZiaBella merupakan gabungan nama panggilan mereka dan memiliki bakat dan rupa paras yang menarik telah secara rasminya menjadi artis KRU Music pada Disember 2013 yang lalu. ZiaBella sebelum menjadi artis naungan KRU Music mereka sering menyertai pertandingan nyanyian antaranya Zia merupakan finalist pertandingan realiti TV `Bintang RTM’ pada 2012 dan Bella yang baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah finalist `Bintang Remaja RTM ’ bahagian Negeri Kedah.
Dengan kehadiran bakat-bakat baru seperti ZiaBella dalam industri muzik tanahair diharapkan mampu memberi nafas yang baru dan mevariasikan industri muzik ini. Mewakili golongan remaja ZiaBella mampu memberikan impak dan role model kepada remaja menerusi lagu dan imej yang disampaikan. Walaupun dalam industri muzik ini mempunyai bakat wanita yang begitu ramai, gabungan duo ini Ziabella akan dapat memberi kelainan dan mempunyai cara mereka sendiri untuk menarik serta mendekati peminat mereka.
`Sesuatu Yang Tak Mungkin’ ciptaan komposer muda Aida Abdul Rahman yang bergenre Pop Balada yang di bawa oleh ZiaBella yang bersesuaian dengan vokal mereka dan diharap dapat menarik dan memenuhi citarasa pendengar di luar dan corong radio.
Dengan single pertama mereka, Ziabella akan menjadi medium remaja untuk menzahirkan perasaan mereka dalam percintaan mahupun sebarang perkara yang berkait rapat dengan remaja. ‘Sesuatu Yang Tak Mungkin’ mengisarkan tentang seorang insan yang menyayangi kekasihnya, namun dikecewakan selepas pasangannya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Diakibatkan tragedi itu, namun dia tetap tidak berputus asa dan masih terus mengharapkan kekasihnya kembali.
Lagu `Sesuatu Yang Tak Mungkin’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga akan dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.
10 Perkara Menarik Tentang ZiaBella dan Lagu `Sesuatu Yang Tak Mungkin’
- Nurul Shazia (Zia) & Nurul Salsabila (Bella) adalah anak jati kelahiran Alor Setar,Kedah
- ZiaBella mempunyai bukan sekadar pasangan duo tetapi mereka mempunyai pertalian darah iaitu hubungan kakak dan adik.
- Zia merupakan pelajar dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
- Bella, baru tamat zaman persekolahannya di Alor Setar. Bella pernah menjadi salah seorang finalist di Bintang Remaja RTM Kedah. Disamping itu, Bella juga sering mengadakan persembahan di majlis di-Raja Negeri Kedah.
- Pengorbanan terbesar ZiaBella dimana demi kerjaya seni mereka sekeluarga telah nekad meninggalkan kampung halaman dan menetap di Kuala Lumpur.
- Bergenrekan Pop Balada yang dibawa oleh ZiaBella diketengahkan kerana bsersesuaian dengan range vokal mereka dan imej yang dibawakan diharap dapat diterima dan menepati citrasa pendengar tanahair.
- ZiaBella gabungan dua adik beradik akan lebih memudahkan untuk mendapatkan persefahaman dan kerasian antara satu sama lain bukan sekadar dalam urusan muzik dan juga urusan pengurusan jadual dan masa mereka.
- Boleh mencipta revolusi yang unik untuk remaja masa kini.
- `Sesuatu Yang Tak Mungkin’ ciptaan komposer muda, Aida Abdul Rahman yang dicipta khas untuk ZiaBella.
- ‘Sesuatu Yang Tak Mungkin’ mengkisarkan tentang seorang insan yang menyayangi seorang kekasih, namun kekasihnya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Namun sang kekasih masih setia mengharapkan pasanganya kembali.