(HIBURAN) SIAP SEDIA UNTUK ‘HEALING’: RAISA AJAK PEMINAT TEROKA DUA SISI EMOSI DI ZEPP KL FEBRUARI INI!

Spread the love

Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali untuk mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026, bertempat di lokasi konsert ikonik, Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. Dianjurkan bersama oleh Sembang Kari Entertainment dan MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur, konsert ini bakal menyaksikan Raisa membawakan naratif seni yang lebih peribadi menerusi tema “Ambivert”. Tema ini mencerminkan sisi personaliti beliau yang unik, menggabungkan elemen dinamik dan emosi dalam satu persembahan yang penuh bertenaga.

Mengulas mengenai penganjuran ini, En Mohd Fuad bin Simim, Pengarah Sembang Kari Entertainment berkata:

“Bagi kami di Sembang Kari Entertainment, membawa semula Raisa ke Kuala Lumpur adalah satu penghormatan kerana beliau mempunyai hubungan emosi yang sangat kuat dengan peminat di sini. Menerusi konsep ‘Ambivert’ ini, kami ingin memberi ruang kepada peminat untuk melihat sisi Raisa yang lebih jujur—di mana ada ketikanya suasana menjadi sangat dekat dan ‘healing’, manakala ada ketikanya pula penuh dengan keriangan pop yang dinamik. Kami mahu setiap penonton pulang dengan rasa puas setelah melalui sebuah kembara perasaan yang diceritakan menerusi vokal hebat beliau.”

Manakala En. Adi Acong, wakil penganjur bersama dari MHT Live My turut berkongsi rasa teruja:

“Kami di MHT Live MY berasa amat bangga dapat bekerjasama dalam merealisasikan ‘Raisa Ambivert Tour’ di Malaysia. Raisa adalah seorang pencerita yang hebat menerusi lagu-lagunya, dan melalui tema unik ini, peminat akan disajikan dengan sebuah pengalaman audio-visual yang sangat istimewa di Zepp KL. Kami komited untuk memastikan setiap aspek produksi berada pada tahap tertinggi demi memberikan memori yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat Raisa di Malaysia.”

Raisa turut menyatakan rasa tidak sabar beliau untuk bertemu peminat di Malaysia:

“Kuala Lumpur sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya kerana sokongan peminat di sini yang luar biasa dan sentiasa memberikan tenaga yang positif. Menerusi ‘Ambivert Tour’, saya ingin membawa penonton menyelami dua sisi berbeza dalam diri saya ada masanya yang sangat intim dan tenang, dan ada masanya yang penuh dengan keriangan. Saya telah menyediakan susunan muzik yang istimewa untuk malam itu dan tidak sabar untuk mencipta kenangan baharu bersama anda semua.”

Konsert ini juga bakal bertambah seri dengan penampilan penyanyi berbakat besar, Barsena Bestandhi, sebagai artis jemputan yang akan memberikan warna muzik yang berbeza pada malam tersebut.

Maklumat Tiket dan Urusan Pembayaran

Pihak penganjur menyediakan pelbagai kategori tiket bagi memastikan pengalaman menonton yang terbaik:

 

Kategori Harga Tiket Jenis Zon
VIP BOX RM 999/Pax Kotak Eksklusif (Termasuk Sesi Ramah Mesra & Barangan)

 

CAT 3 RM 599 Tempat Duduk Bernombor Premium

 

CAT 4 RM 499 Tempat Duduk Bernombor

 

CAT 1 RM 269 Berdiri (Barisan Hadapan)

 

CAT 2 RM 239 Berdiri Bebas

 

  • Nota: Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan dan caj tiket
  • Kemudahan Pembayaran: Pembayaran ansuran turut disediakan melalui SPayLater, PayLater by Grab, dan Atome
  • Keistimewaan VIP BOX: Pemegang tiket akan menikmati beg tote, lanyard VIP, poster, snek, serta peluang keemasan untuk menyertai Sesi Ramah Mesra (Meet & Greet) bersama Raisa
  • Tiket boleh didapati melalui laman web rasmi di COM

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *