(HIBURAN) SOKONGAN TERHADAP PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN HAK CIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF 2025 SERTA BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN MAHKAMAH OLEH BADAN KUTIPAN ROYALTI YANG CUBA MENGHALANG PERLAKSANAANNYA

Spread the love

Sejarah dan Perkembangan Akta Hak Cipta Malaysia

Akta Hak Cipta 1987

Akta Hak Cipta Malaysia 1987 merupakan asas utama dalam sistem perlindungan hak cipta di negara ini. Ia memberikan hak eksklusif kepada para pencipta ke atas hasil kerja asli mereka, termasuk penulis, komposer, pelaku (performers), dan pemegang hak lain. Hak eksklusif ini direka bagi menggalakkan kreativiti dan memastikan mereka mendapat imbuhan yang adil daripada eksploitasi karya kreatif mereka. Akta ini telah beberapa kali dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan perkembangan industri kreatif global. Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) dan Public Performance Malaysia Sendirian Berhad (PPM – Sdn Bhd) tertubuh sejurus selepas, daripada Akta Hak Cipta 1987.

Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2012

Pengiktirafan Hak Pelaku

Pindaan penting kepada Akta Hak Cipta telah dibuat pada tahun 2000, yang membawa kepada pengukuhan hak para pelaku (performers). Dalam konteks industri muzik, pelaku adalah pemuzik dan penyanyi. Pindaan ini mengangkat kedudukan pelaku agar lebih hampir kepada pencipta dari segi pengiktirafan hak cipta. Antara perubahan utama adalah memberi pelaku hak yang lebih seimbang berbanding pemilik bunyi rakaman (sound recording), yang biasanya dimiliki oleh syarikat rakaman. Namun begitu, pelaksanaannya sehingga ke hari ini masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

Contohnya, agihan royalti antara pelaku dan pemilik bunyi rakaman masih jauh daripada nisbah adil 50:50. Realitinya, syarikat rakaman (pemilik rakaman bunyi) menerima bahagian pendapatan yang jauh lebih besar daripada pelaku dalam kutipan royalti persembahan awam. Nisbah 50:50 adalah sejajar dengan WIPO Performers And Phonograms Treaty 1996 (WPPT 1996), yang turut diratifikasi oleh Malaysia.

Pengawasan terhadap CMO

Pindaan 2012 juga membuka jalan kepada pengawalseliaan yang lebih jelas ke atas badan pelesenan, kini dikenali sebagai Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO). Sebelum ini, CMOs beroperasi dalam kerangka undang-undang yang longgar, dengan pemantauan yang terhad.

 

Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2022 

Memperkukuhkan Perlindungan dan Penguatkuasaan

Pindaan 2022 menyambung usaha sebelumnya dengan menambah baik mekanisme pelaksanaan, memantapkan hak pelaku, dan memperketatkan kawal selia terhadap CMO. Salah satu kemasukan penting ialah, Seksyen 27M memberikan kuasa kepada Pengawal Hak Cipta (Copyright Controller) untuk mengeluarkan Garis Panduan yang wajib dipatuhi oleh semua CMO.

 

Garis Panduan Hak Cipta Organisasi Pengurusan Kolektif 2025

Berdasarkan aduan berterusan daripada penggiat muzik dan pengguna karya, serta hasil sesi libat urus bersama pemegang hak, MyIPO telah menerbitkan Garis Panduan Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 pada 17 Januari 2025.

Garis panduan ini bertujuan memperkukuh:

*           Ketelusan (Transparency)

*           Pertanggungjawab (Accountability)

*           Tadbir urus yang baik (Good Governance)

 

SEBAB KARYAWAN MENYOKONG GARIS PANDUAN INI

Sebagai penggiat industri kreatif seperti penulis lagu, komposer, penyanyi dan pemuzik; Garis Panduan Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 memberikan pelbagai manfaat penting yang telah lama dinantikan.

Garis panduan ini mewajibkan semua Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) untuk lebih telus dalam urusan kutipan dan pengagihan royalti. Ini bermakna para pemegang hak dapat mengetahui secara jelas bagaimana royalti dikutip, dibahagi, dan siapa yang menerimanya, iaitu sesuatu yang sebelum ini kabur dan tidak telus.

Selain itu, garis panduan ini juga memperkukuh tadbir urus dalam organisasi, memastikan setiap ahli diberi hak suara yang adil dalam mesyuarat agung dan pemilihan lembaga. Ia menghapuskan sistem pengundian yang berat sebelah dan memperkenalkan mekanisme aduan yang jelas bagi ahli yang tidak berpuas hati.

Garis panduan ini melindungi hak lebih kurang 8,000 pemegang hak, tidak kira tahap populariti mereka. Semua ahli kini dilayan dengan lebih adil dan setara.

Secara keseluruhan, Garis Panduan MYIPO 2025 adalah satu pembaharuan yang memperkukuh kedudukan pemegang hak dan memulihkan kepercayaan terhadap sistem kutipan royalti di Malaysia.

Ia meletakkan hak pencipta sebagai keutamaan di samping melindungi kepentingan para pengguna karya muzik yang menjadi para pembayar lesen. Para pengguna karya muzik adalah punca pendapatan utama para pencipta muzik.

Garis Panduan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh semangat pemerkasaan harta intelek di Malaysia. Ia seharusnya menjadi langkah berterusan.justeru itu, KARYAWAN membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan mahkamah yang telah diambil oleh badan kutipan royalti yang cuba menghalang perlaksaan Garis Panduan MyIpo (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *