(HIBURAN) Syamel Kembali Menyemarakkan Persada Muzik Tanahair Dengan Single Terbaharu ” Biar Cinta”

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2017 – Juara Duo Star 2016 yang baharu sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017 dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syamel kembali menyemarakkan persada muzik tanahair selepas kejayaan memberangsangkan single pertama ‘Hidup Dalam Mati’ dengan tontonan melebihi 15 juta di laman sesawang YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’ dengan 3 juta tontonan dan single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri dengan tontonan hampir 6 juta. Kini, lebih bersemangat dan yakin, Syameel kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama komposer dan penerbit disegani negara, Edry Abdul Halim.

Bintang naib juara Akademi Fantasia 2015 ini kian menyerlah sejurus berakhirnya rancangan realiti TV tersebut di mana bakat beliau bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai komposer mula diberi perhatian dan lagu-lagu ciptaan beliau sentiasa menjadi hit di corong-corong radio seluruh negara dengan permintaan yang tinggi dan paling membanggakan apabila lagu ‘Aku Cinta’ bakal berentap di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-32 yang penuh berprestij pada tahun hadapan.

Vokal lantang yang dimiliki Syamel sememangnya menjadi trademark beliau sejak mula diperkenalkan melalui Akademi Fantasia 2015 dan pada single-single terdahulu, Syameel seperti menyuntik ‘roh’ ke dalam setiap lagu dan ia terasa seakan ‘hidup’ apabila dinyanyikan oleh beliau sewaktu membuat persemabahan.

“’Biar Cinta’ merupakan single saya yang terbaru di mana ia menceritakan tentang perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tetapi telah melukai hatinya kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri dan teman wanitanya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Saya amat teruja kerana sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menghasilkan dan merakamkan single ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan saya sendiri dan mendapat bantuan profesional daripada penerbit terkenal tanahair iaitu saudara Edry Abdul Halim. Banyak  yang telah saya pelajari apabila bekerjasama dengan beliau dan pengalaman yang ditimba sangat berharga.

Hasilnya, sempurnalah ‘Biar Cinta’ istimewa buat peminat-peminat saya di luar sana,” jelas Syameel.

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Syamel, walaupun baru di dalam industri muzik Malaysia, tetapi saya percaya dengan bakat yang beliau ada dalam mencipta muziknya tersendiri. Baru-baru ini beliau telah diundang untuk membuat persembahan di China bagi mewakili Malaysia. Itu terbukti yang muzik beliau boleh diterima ramai. Karekter diri beliau yang bersahaja, kelakar dan mudah

didekati turut menjadi penyumbang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Jadi saya berharap Biar Cinta ini akan mendapat tempat di hati semua pencinta muzik”.

Lagu ‘Biar Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Biar Cinta’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *