(HIBURAN) Syamel Tunjuk Kemarahan Dalam ‘Curang’

Spread the love

Syamel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Sejak bakatnya dicungkil lewat program realiti Akademi Fantasia tidak lama dahulu, beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan lewat karya-karya seninya yang berkualiti. Terbaru, Syamel kembali dengan sebuah lagi lagu solo hebat berjudul ‘Curang’.

‘Curang‘ merupakan sebuah lagu berentak balada dan terhasil setelah para penciptanya mendapat ilham dengan melihat kadar penceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan juga Syamel sendiri, lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah klip video menarik yang menampilkan lakonan hebat Syamel serta Elisya Sandha.

Klip video lagunya menceritakan bagaimana watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya disalah anggap oleh isterinya sendiri. Pada masa yang sama watak Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bermain kayu tiga dengan adik Syamel sendiri. Selepas ternampak isterinya keluar bercinta bersama adiknya sendiri, Syamel gagal menahan kemarahan dan terus menumbuk adiknya sehingga dia ditangkap polis dan dipenjarakan. Klip video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,
”Lagu Curang merupakan karya terbaru hasil nukilan Aepul Roza dari Drama Band serta Syamel sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Curang’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Curang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *