(HIBURAN) Teater Purbawara ‘Batu Belah’ akan dipentaskan Ogos ini.

Spread the love

Teater Purbawara ‘Batu Belah’ bakal dipentaskan Hidayah di Dewan Tunku Abdul Rahman. Persembahan yang penuh dengan tradisi melayu ini akan menampilkan nyayian gurindam, seni silat, tarian tradisional, terdapat unsur kekaguman dan aksi semuanya di bawah satu pentas.

‘Batu Belah’ mengisahkan satu keluarga yang tidak punya apa-apa, ayah meninggal dan ibu merajuk lari hingga ditelan batu, semuanya kerana keperluan keluarga dalam serba kekurangan. Percayalah kerana ketentuan Allah yang berkuasa, akhirnya siapa sangka keterlantaran adik dan kakak ke Desa Kerayong, dibela oleh seorang nenek dari kecil hingga dewasa dan dibawa TUAH seekor ayam jantan seseorang dapat bertakhta sebagai raja muda seterusnya berkahwin dengan seorang puteri jelita? Dalam dunia yang dipinjamkan buat sementara, berleluasa sifat dengki dan tamak dan inilah yang merosakkan kestabilan sesebuah Negeri. Bagaimana mungkin, dapat diyakinkan segala yang buruk ada nohtahnya. Lantas, ‘Batu Belah’ mengajak semua kanak-kanak, para remaja, pemimpin keluarga dan para pemimpin mengambil pengajaran melalui kisah duka dan indah ini. Bakal dipentaskan pada 11 sehingga 13 Ogos 2023 ini oleh kelab teater Hidayah.

Menampilkan pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Kool, Lan Zailan dan pempegaruh terkenal Pangiran Aduka serta ramai lagi.

Tiket dijual pada harga RM25, Sebarang maklumat atau pertayaan boleh terus ke media sosial rasmi kami, Instagram teater_hidayah dan facebook Teater Hidayah atau hubungi Ika Angahlj di 0125550170.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *