(HIBURAN) Temui Dato’ Sri Rossa, Dato’ Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Dayang Nurfaizah di Divas & Diamonds 2024

Spread the love

Selasa, 9 Julai, 2024. Seperti kebanyakan orang, muzik dan lagu telah menemani sepanjang hidup kita. Lagu pertama yang membuat saya terpesona dan terus mendengarnya berulang kali adalah Only You, oleh The Platters. Lagu ini dirilis pada tahun 1959 dan ketika saya dapat mendengar radio, beberapa dekad yang lalu, lagu ini tetap terngiang di minda saya.

Lagu dalam bahasa Melayu pula yang memberi impak yang kuat dan membuat saya melihat nilai sebenar muzik ialah Belaian Jiwa. Walaupun saya sudah mendengar versi Jay Jay, tetapi single yang tiada tandingan oleh Innuendo mempunyai kesan yang begitu kuat kepada saya.  Saya terfikir suatu hari nanti, jika ditakdirkan untuk bertemu rakan kongsi perniagaan yang sejiwa, sebab Mega Eve Sdn Bhd ditubuhkan, kami akan membuat konsert yang akan membawa penuh impak, mempamerkan artis-artis yang membawa persembahan dengan penuh intensiti, di mana penonton akan dihiburkan dengan maksima dan akan menghargai kenangan indah ini selama-lamanya.

Itulah sebabnya kami berada di sini hari ini untuk melancarkan, apa yang kami harap akan menjadi salah satu konsert terbaik yang pernah diadakan dan kami menamakannya Divas & Diamonds 2024.

Dengan barisan bintang yang penuh menyinar, peminat di Johor Bahru boleh menjangkakan malam yang meriah dengan persembahan menakjubkan yang ditenun dengan pentas, bunyi dan lampu yang inovatif.

Divas & Diamonds merupakan sebuah konsert berkonsep yang menampilkan bakat-bakat generasi dari Indonesia dan Malaysia iaitu artis fenomena Dato’ Sri Rossa, Dato’ Jamal Abdillah yang tiada tandingan dan artis yang penuh berkaliber iaitu Dayang Nurfaizah.

Seperti yang kami janjikan tempohari, untuk melengkapkan barisan artis Divas & Diamonds 2024, kami mempunyai satu lagi superstar. Artis Konsert Divas & Diamonds terakhir iaitu legenda hiphop serta artis berkaliber, Joe Flizzow.

Bersama beliau untuk meraikan majlis ini ialah Dato’ Jamal Abdillah yang tidak dapat hadir semasa majlis pelancaran di bulan Mei lepas.

Tentang Divas & Diamonds

Sebagai legenda negara mereka sendiri, artis yang kami pilih untuk konsert ini mempunyai lebih daripada 60 album yang, memenangi banyak anugerah dan merupakan permata utama industri muzik. Seperti yang kita tahu, diva adalah orang yang mempunyai bakat yang luar biasa, sangat dihormati dan diraikan sebagai yang terbaik. Kami yakin bahawa barisan kami untuk konsert ini akan bersinar seperti berlian dengan lagu-lagu dan persembahan mereka.

Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu dari kegemaran sepanjang masa hingga single hit terkini, oleh kesemua barisan artis nanti. Adakah duet memandangkan bakat luar biasa di atas pentas semasa konsert, Encik Aman Ali, selaku Ketua Project Mega Eve Sdn Bhd berkata kita perlu tunggu dan lihat. Apa yang pasti dapat dijangkakan oleh peminat adalah malam keseronokan dan persembahan yang menarik.

“Divas & Diamonds 2024 adalah platform terbaik untuk saya bertemu peminat saya di JB dan saya tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di sana,” kata Dato’ Jamal Abdillah, melalui main balik video beliau semasa sidang media.

Dengan cara santai beliau, Joe Flizzow berkata beliau tidak sabar untuk perform live di dalam Divas & Diamonds 2024, ” Untuk hiphop, live performance benar-benar akan membawa keseronokan kepada saya dan peminat-peminat saya. Saya pasti rakan-rakan artis yang saya hormati di Konsert ini akan memberi persembahan-persembahan yang hebat dan akan menjadi sebuah konsert yang sangat istimewa, Insya Allah “.

Turut bersama di majlis petang tadi ialah Genervie Kam, komposer terulung yang akan menjadi pengarah muzik yang akan mengiringi Dato Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah.

Sementara itu, Dato’ Rossa dan Joe Flizzow akan diiringi oleh band mereka sendiri.

Sumbangan Kemanusiaan Gaza

“Lima peratus daripada hasil tiket akan disalurkan bagi menyokong bantuan di Gaza, Palestin. Sumbangan ini akan diserahkan terus kepada pegawai Kedutaan Palestin untuk membantu saudara dan saudari kita di Gaza dan kami amat berharap semua peminat di Johor Bahru akan turut serta dan menyokong konsert kami ini “, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn Bhd, Dr Farhan Razali.

Dr Farhan juga berkata Mega Eve akan terus menyokong usaha Kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin sambil melaksanakan pelbagai acara pada masa akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *