Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.
Lebih menarik, filem arahan oleh pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi, serta skrip oleh Penulis Polis Evo, Joel Soh ini, memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak. Selain mereka, pelakon ternama yang turut membintangi The Experts adalah Maya Karin, Douglas Lim, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.
Menurut Penerbit Eksekutif The Experts merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, selepas sambutan kejayaan filem Sheriff, Astro Shaw persembahkan sebuah lagi filem yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan tidak pernah lagi ditampilkan dalam naskhah tempatan iaitu The Experts. Filem ini menggabungkan elemen komedi, keluarga, aksi, serta dibintangi para pelakon hebat dan versatil. Kami percaya ramai yang menantikan filem ini dan tambah teruja apabila menyaksikan video ‘teaser’ The Experts pada 24 April lalu. Buktinya ‘teaser’ tersebut menerima lebih 1.5 juta tontonan di platform media sosial Astro Shaw dalam tempoh kurang 24 jam berserta komen positif.”
“Kami sangat gembira berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan penerbit yang berpengalaman seperti ZAK Capital dan TGV Pictures untuk menjayakan filem ini. Sementara itu, kerjasama dengan Calpis Soda menerusi “Fizz Operation” menggabungkan kelebihan inovasi dalam memperluas jangkauan kami dan menetapkan era baru dalam pemasaran platform hiburan,” – tambah Raja Jastina.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan, “Di Calpis Soda, kami sangat teruja untuk meneraju pendekatan yang interaktif dan inovatif, serta mengukuhkan komitmen kami dalam membawakan pengalaman bermakna buat pengguna kami. Melalui kerjasama dengan ‘The Experts’ filem terbitan Astro Shaw, kami dapat menghasilkan sebuah iklan tv eksklusif, ‘Operasi Fizz’, yang menampilkan pelakon The Experts, Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap. Watak mereka menghidupkan misi yang tegang untuk mendapatkan semula minuman Calpis Soda. Kemudian keluarga The Experts berkongsi minuman yang mereka dapatkan dengan semua orang dan berakhir dengan ganjaran utama, iaitu semua orang kini boleh menikmati rasa menyegarkan Calpis Soda. Air minuman ini boleh didapati melalui aplikasi My 7-Eleven.”
Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, The Experts menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat.
Iklan Eksklusif : ‘Operasi Fizz’
Jalin kerjasama strategik pemasaran bersama jenama air minuman, Calpis Soda. Menerusi kerjasama ini, Astro Shaw dan Calpis Soda mempersembahkan iklan eksklusif bertajuk ‘Operasi Fizz’ dibawakan khas oleh Calpis Soda. Iklan komersial ini menampilkan pelakon daripada The Experts sendiri, Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap dengan memaparkan misi aksi ‘heist’ keluarga The Experts mengambil kembali air minuman Calpis.
‘Unlock The Safe’
Selain video iklan tersebut, peminat boleh mencabar kecekapan mereka dalam bermain ‘Unlock The Safe’ menerusi standee interaktif istimewa di lokasi pawagam TGV terpilih dan menangi cenderahati eksklusif The Experts dan Calpis Soda.
Langkah pertama: anda perlu menjawab soalan di portal Gempak untuk mendapatkan kod QR. Langkah kedua : imbas kod tersebut di standee interaktif di TGV terpilih untuk memenangi hadiah eksklusif tersebut.
‘Heist The Truck’
Ikuti pelbagai lagi aktiviti menarik seperti, ‘Heist The Truck’, untuk peluang memenangi hadiah Petron baucar tunai dan hadiah barang kemas daripada Amee Phillips, serta banyak lagi hadiah menarik yang bernilai RM30,000. Tarikh bermula 12, 18 dan 25 Mei di lokasi yang akan diumumkan di media sosial Astro Shaw.
Sesi Jelajah Filem The Experts
Bagi yang ingin bertemu dengan pelakon-pelakon The Experts, boleh hadir ke sesi jelajah filem pada
- 24 Mei di Lembah Klang (TGV AU2, TGV Wangsa Walk, GSC MyTown);
- 25 Mei di Lembah Klang (TGV Rawang, MBO Quayside, Teluk Panglima Garang, TGV Bukit Tinggi, Klang);
- 26 Mei di Lembah Klang (GSC Setia City Mall, TGV iCity Central, MBO Space U83);
- 1 Mei di Seremban (GSC Palm Mall, TGV AEON Seremban 2, MmC Mesa Mall, Nilai);
- 1 Jun di Johor (GSC Paradigm Mall, TGV Tebrau, TGV Bukit Indah, TGV Mid Valley Southkey);
- 2 Jun di Melaka (GSC AEON Bandaraya, mmC Mahkota Parade, MBO Element X);
- 7 Jun di Kedah (Paragon Cinema, Alor Setar, GSC, Aman Central, Alor Setar, GSC Amanjaya, Sungai Petani);
- 8 Jun di Penang (GSC Sunway Carnival, TGV Bukit Mertajam, GSC Queensbay Mall); 9 Jun di Perak (MMC Kerian Central,MBO Taiping Central, TGV Taiping, TGV Klebang).
Tayangan Awal The Experts
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 21 Mei 2024 bermula 6.00 petang – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Lagu Tema Filem (OST)
Lagu tema rasmi The Experts tampil dengan runut bunyi yang mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’, dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza.
The Experts turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook.
Kisah The Experts bermula selepas sedekad meninggalkan kegiatan merompak, lima adik beradik kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu rompakan berisiko tinggi. Mereka juga berdepan dengan dendam lama, tragedi keluarga, dan bayangan sejarah kejahatan mereka. Setiap ahli keluarga perlu mengorbankan segalanya untuk melindungi keluarga mereka dalam misi paling sukar mereka.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, manakala produksi oleh BlackFlag, The Experts menampilkan bintangbintang terkemuka Malaysia seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Michael Ang bakal temui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Gunakan #TheExpertsMovie
#BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.