TIKET FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2013 HAMPIR HABIS DIJUAL
PAS VIP HABIS DIJUAL! PEMINAT DIGESA REBUT SEGERA TIKET YANG MASIH BERBAKI
KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Kelarisan tiket-tiket ke Future Music Festival Asia 2013 yang bakal muncul sebagai festival muzik terbesar pernah beraksi di Aisa Tenggara bagaikan goreng pisang panas. Setakat ini, lebih 30,000 tiket telah dijual untuk kedua-dua hari festival tersebut yang akan berlangsung pada 15 & 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang. Tiket VIP telah habis dijual, dan yang masih tinggal adalah pas biasa untuk satu hari dan pas hujung minggu.
Para penganjur, Livescape Asia dan Future Entertainment menjangkakan tiket untuk pertunjukan tahun ini akan terjual habis dan menggesa peminat segera membeli tiket-tiket yang masih ada.
“Pihak kami begitu teruja dengan sambutan hebat yang diberi setakat ini dan saya sendiri ingin menggesa mereka yang masih menunggu untuk membeli tiket di pintu masuk supaya membelinya sekarang. Pihak kami mengkhaskan sebilangan kecil tiket untuk dijual di pintu masuh seandainya tiket terjual habis sebagaimana yang dijangkakan, bagaimanapun, untuk memastikan rancangan anda hendak menonton tidak terbantut kami menggesa anda segera mendapatkan tiket sebelum hari berlangsungnya festival. Pihak kami menjangkakan tiket akan habis dijual dan kami tidak ingin menghampakan anda. Tahun ini, kami menjangkakan lebih 10,000 peminat akan datang dari luar negara dan kami tidak sabar lagi menanti tibanya dua hari tersebut apabila para peminat muzik dari pelbagai latar belakang dan kewarganegaraan datang berhimpun untuk satu keraian yang hebat – muzik”, ujar Iqbal Ameer, Pengarah bagi syarikat penganjur tempatan, Livescape Asia.
Festival epic ini diberi jolokan sebagai festival muzik terbesar di rantau ini dan bakal menjadi salah satu penerbitan muzik termahal pernah diadakan di bumi ini. Acara Hari Pertama (15 Mac) akan dikhususkan semata-mata untuk meraikan pertunjukan legenda Armin Van Buuren ‘A State of Trance: 600’ (ASOT600) kali ke-600. Acara ini juga akan menyaksikan persembahan artis yang dipilih sendiri oleh Armin seperti, Aly & Fila, Ben Gold, Cosmic Gate, Super8 & Tab dan W&W berkongsi pentas bersama Armin Van Buuren, DJ nombor satu dunia.
Diadakan buat pertama kalinya di Malaysia dan Asia, persembahan ASOT600 oleh Armin Van Buuren hanyalah satu daripada 12 acara yang telah diumumkan bakal berlangsung di peringkat global tahun ini. Malaysia telah disahkan sebagai destinasi tunggalnya di Asia Tenggara. Apa yang penting, ASOT600 di Kuala Lumpur yang merupakan salah satu rancangan radio campuran yang paling popular di muka bumi bakal menarik kira-kira 20 juta manusia di 26 negara serata dunia untuk mengikuti siaran langsung acara bersejarah di Sepang pada 15 Mac tahun ini.
Hari Kedua (16 Mac) akan menampilkan barisan bintang seperti The Prodigy, PSY, Rita Ora, Fun., The Temper Trap, Bloc Party, Naughty by Nature, De La Soul, Angger Dimas, Andy Moor dan lebih 40 artis antarabangsa, serantau dan tempatan.
Pertunjukan epik Future Music Festival Asia yang buat pertama kalinya mengasyikkan lebih 25,000 orang penonton pada Mac 2012 lalu telah diberi jolokan sebagai festival muzik terbesar pernah bermain di bumi Asia Tenggara. Malaysia merupakan satu-satunya lokasi tuan rumah Future Music Festival di luar Australia. Future Music Festival Asia 2013 juga akan menjadi acara pembukaan rasmi bagi minggu Grand Prix F1 Malaysia dan tahun ini dijangka akan menarik lebih 40,000 peminat pada kedua-dua hari itu.
Festival ini dianjurkan oleh Future Entertainment Australia dan Livescape Asia Sdn. Bhd. dan mendapat sokongan penuh Malaysian Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan Kementerian Pelancongan Malaysia, dan ditaja oleh Xpax (Rakan Telekomunikasi Rasmi dan Penyampai ASOT600 KL), AirAsia (Penerbangan Rasmi dan Penyampai Bersama FMFA 2013), AirAsiaGo (Rakan Pelancongan Dalam Talian Rasmi), Sunway Resort Hotel & Spa (Hotel Rasmi), Vespa (Basikal Rasmi), Fred Perry (Busana Rasmi), Dr. Martens (Kasut Rasmi), iDarts (Hiburan Interaktif Rasmi), MTV (Saluran Muzik Rasmi), E! Entertainment Television (Saluran Hiburan Rasmi).
Bagi festival tahun ini, para peminat akan ditawarkan pilihan untuk membeli sama ada pas satu hari atau pas hujung minggu dua hari yang membolehkan mereka masuk kedua-dua hari ASOT 600 & FMFA 2013. Memandangkan tiket-tiket terawal dan tiket VIP telah pun habis dijual, para peminat digesa membeli baki tiket yang dijual pada harga prajualan (antara RM158 – RM238) tanpa berlengah lagi supaya tidak kecewa. Tiket prajualan boleh dibeli hingga 14 Mac 2013 atau selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membeli tiket, layari: www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com/futuremusicasia. Layari juga www.astateoftrance.com untuk butir-butir mengenai Armin Van Buuren ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’. Untuk pakej VIP khas atau pertanyaan, hubungi Livescape Asia di tickets@livescape.asia (emel) atau +60.3.7773.6272 (waktu pejabat sahaja, 9.00 pagi – 5.00 petang).
Jenis dan Butir-butir Tiket: |
Tempahan Terawal (HABIS DJUAL) |
Prajualan (Jualan hingga |
Di Pintu Masuk |
Pas Hujung Minggu (Masuk Dua Hari: 15 & 16 Mac) |
- Masuk ke FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour dan FMFA 2013
Habis Dijual RM238 RM288
Pas Satu Hari (Masuk Satu Hari: 15 Mac SAHAJA)
- Masuk ke FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour SAHAJA
Habis Dijual RM158 RM188 Pas Satu Hari (Masuk Satu Hari: 16 Mac SAHAJA)
- Masuk ke FMFA 2013 SAHAJA
Habis DijualRM158 RM188 VIP (Masuk Dua Hari: 15 & 16 Mac)
- Masuk ke FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour dan FMFA 2013
- Lorong masuk Keutamaan VIP
- Masuk ke marquee VIP lengkap dengan bar persendirian, kerusi rehat, ruang solek, video feed semua pentas dan dek tonton
- Tandas khas VIP
TIADA Habis Dijual Habis Dijual
* Tiket dijual di www.futuremusicfestival.asia. Tiket untuk belian datang sendiri juga ada dijual di Rock Corner, Victoria Music, TicketPro dan AirAsia Red Tix. Masuk ke Future Music Festival Asia 2013 hanya terbuka kepada tetamu berumur 18 tahun ke atas sahaja. Pengesahan berdasarkan Kad Pengenalan akan dilakukan di pintu masuk.
** Tertakluk kepada peraturan Festival. Future Music Festival Asia menguatkuasakan peraturan larangan masuk semula atas sebab keselamatan. Pihak penganjur juga berhak melarang masuk mana-mana tetamu yang dianggap melanggar peraturan festival
*** Pintu masuk Festival dibuka pada 4.00 ptg pada kedua-dua hari dan berakhir pada 2.00 pagi. Waktu tetap akan dikeluarkan di www.facebook.com/futuremusicasia dalam masa terdekat.
Barisan Penuh Hujung Minggu Future Music Festival Asia 2013:
Hari Pertama (Jumaat, 15 Mac 2013) – Future Music Festival Asia 2013 presents ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’:
- Armin Van Buuren
- Aly & Fila
- Ben Gold
- Cosmic Gate
- Super8 & Tab
● W&W
Hari Kedua (Sabtu, 16 Mac 2013) – Future Music Festival Asia 2013:
Antarabangsa
- The Prodigy
- PSY
- Rita Ora
- Fun.
- Bloc Party
- Temper Trap
- Timmy Trumpet
- Tenzin
- Feed Me
- Kill The Noise
- Zeds Dead
- Naughty by Nature
- De La Soul
- Sidney Samson
- Angger Dimas
- Ladytron (DJ set)
- Andy Moor
Serantau
- Idiotape (Korea Selatan)
- Shut Da Mouth (Korea Selatan)
- Sixteen (Indonesia)
- DJ Stas (Singapura)
- DJ Bento (Jepun)
Tempatan
- Goldfish & Blink
- Joe Flizzow
- Kyoto Protocol
- LapSap
- They Will Kill Us All
- Brains & The Eye (B.A.T.E)
- H3 featuring Arabyrd
- Dangerdisko
- Eva T
- OMP DJs
- Deer Society
- Darren Ashley
- Bud Culture
- Mr. Fluff
- Twilight Action Girl
- Mister Ariffin
- FONO
- DJ Fuzz
- Mr. Nasty
- GuruGuru
- Johan Nasir
- Jakeman&Skeletor
- Nadira