(HIBURAN) Undian Persembahan Anugerah Juara Lagu ke 27

Spread the love

6 Disember 2012 – Bertempat di Hotel Empire Subang telah berlangsungnya majlis undian untuk persembahan di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Di majlis ini juga pihak TV3 memperkenalkan penaja rasmi utama untuk AJL 27 iaitu Celcom Xpax.

 

Berikut adalah senarai turutan persembahan pada malam gilang gemilang itu :

1. Lagu – Bedroom Sanctuary

2. Teman Pengganti – Black & RJ

3. Patah Seribu – Shila Amzah

4. Idola –  Azlan & The Typewritter

5. Pelangi Senja – Stacy

6. Ombak Rindu – Hafiz & Adira

7. Tanpa Mu  – Amir Jahari

8. Ku Akui – Hafiz

9. Terukir Di Bintang – Yuna

10. Andaiku Bercinta Lagi – MOJO

11. Simetri – Hazama & Amy Search

12. Anak Kampung – One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Elemen ‘Ekspresi Seni’ diangkat sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini di mana penonton dapat menyaksikan gabungan seni dan muzik di atas pentas anugerah yang sudah memasuki lebih dua dekad penganjurannya.

AJL 27 menyaksikan Faizal Ismail dan Cheryl Samad selaku hos manakala acara Karpet Ungu bakal menampilkan Miera Liyana, Kamal Adli dan Sazzy Falak sebagai pengacara. Acara berprestij kali ini akan dicetuskan oleh Xpax, jenama utama prabayar Celcom selaku penaja utama manakala Hot FM selaku radio rasmi.

Juara AJL tahun ini bakal membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Menariknya, juara kategori persembahan terbaik akan ditentukan 100% di tangan peminat muzik tanah air melalui undian SMS.

Bahang AJL 27 bakal disemarakkan lagi dengan roadshow daripada finalis AJL 27 seperti Stacy, Hazama, Mojo, Black & RJ, Amir Jahari, Azlan & The Typewriter serta One Nation Emcees & Jimmy Palikat pada 23 Disember 2012 di Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Melaka jam 2 petang hingga 6 petang.

Ikuti detik-detik persiapan AJL 27 dan kemeriahan roadshow menerusi program ‘Debaran AJL’ yang akan bersiaran sehari sebelum AJL 27 iaitu pada 5 Januari 2013 jam 5 petang hingga 6 petang manakala siaran langsung AJL 27 pada 6 Januari 2013, jam 9 malam hingga 11.30 malam hanya di TV3.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *