(HIBURAN) Unsung Places – Echoes of Ummah

Spread the love

Logo Unsung Places Echoes of Ummahsmall

HAYATI RAMADAN DI INDOCHINA DAN NEPAL BERSAMA FAKHRULRADHI

Program travelog “Unsung Places” yang membawa penonton TV3 menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa dengan tarikan tersembunyi kembali dengan paparan yang lebih menarik dan segar di bulan Ramadan ini. Khusus buat tatapan penonton setia TV3, Unsung Places – Echoes of Ummah bakal membawa penonton menelurusi kisah penduduk minoriti Islam di Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal.

 unbsung islamicsmall

Unsung Places – Echoes of Ummah bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam selama 5 episod bermula 13 Julai 2013 di TV3. Ikuti pengembara muda, Fakhrulradhi yang aktif dalam Tilawah Al-Quran, seorang penceramah muda dan juga seorang vokalis kepada kumpulan nasyid, UNIC, untuk mengetahui  bagaimana  komuniti minoriti mengekalkan identiti Muslim mereka di wilayah yang didominasi oleh agama bukan Islam.

Jurnal latar budaya dan agama masyarakat minoriti Islam dirakam sepenuhnya oleh Fakhrul. Hayati pengembaraan dan pengalaman beliau untuk mengenali semua lapisan masyarakat dari anak kecil, remaja, dewasa sehingga warga emas dan cara menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup masyarakat Muslim sebagai ummah di jajahan asing yang majoriti kepimpinannya ialah bukan Islam.

Perjalanan mendekati saudara ‘ummah’ yang mempunyai kelainan pada latar kehidupan dan corak amalan seharian telah memberi cabaran baru kepada Fakhrul untuk mencari ruang bicara dengan beberapa individu yang boleh memberi gambaran jelas tentang status ummah di lokasi terpencil. Sejauh mana profil lokasi mempengaruhi cara hidup mereka dan apakah persepsi yang bakal dikongsikan?

Selain itu, episod akhir yang bakal bersiaran pada 10 Ogos 2013 ini fokus kepada identiti ‘ummah’ yang menceritakan makna hari kemenangan bagi seluruh masyarakat Islam dan bagaimana gema Islam mampu dirasai biarpun bergelar masyarakat minoriti. Saksikan pengembaraan Fakhrul yang merentasi Asia Selatan ke Asia Tenggara untuk mendekati setiap individu, berkongsi amalan tempatan, mengetahui persiapan menjelang Aidilfitri dan momen yang menjadi kelaziman mereka. Pertemuan yang tidak dijangka telah mencetuskan pengalaman baru bagi kedua-dua pihak.

Justeru, jangan ketinggalan untuk mengikuti pengembaraan Fakhrul menerusi program travelog Unsung Places – Echoes of Ummah, pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam mulai 13 Julai 2013 selama 5 episod. Penonton yang terlepas menyaksikan Unsung Places – Echoes of Ummah boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *