ASAL JAK RAYA! – Bagi memeriahkan sambutan aidilfitri kali ini , 6 rakan artis yang menampilkan beberapa composer dan penyanyi tempatan dari Sabah turut menambahkan khazanah lagu hari raya tanahair apabila mereka bergabung merakamkan lagu Asal Jak Raya yang menyatakan maksud apa jua yang berlaku di waktu pandemic Covid – 19 ini , tetap raya.
Menurut Shaiffulhan , composer naungan luncai emas itu yang juga penyanyi untuk single raya ini , berkata ‘’Karya berkenaan tepat dengan situasi semasa kini. Lagu ini memberi maksud apa pun keadaan , apa , pun suasana yang penting kita akan tetap sambut raya . Asal Jak Raya dapat beraya , walaupun kita akur , akan beraya dengan norma baharu .
Lagu ciptaan oleh Shaiffulhan sendiri dan lirik ditulis oleh isterinya D’Lailah didendangkan oleh Nazri Saidali, Ayien , Tyqa Bulonk , Zuana Zulmat , Apiz Paschya , dan Shaiffulhan sendiri .
Shaiffulhan berkata – ‘’Asal Jak Raya saya cipta Ketika PKP pertama manakala isteri bertindak sebagai penulis lirik. Selepas itu saya terus hubungi rakan composer Nazri Saidali untuk bergabung menyanyikan lagu ini . Nazri kemudian mencadangkan agar panggil sekali rakan – rakan artis Sabah yang lain . Gandingan antara composer dan penyanyi yang terlibat menyanyikan Asal Jak Raya boleh dikira antara yang terbaik di negeri Sabah ini’’
Mengulas lanjut pemenang Anugerah Carta Lagu Artis Sabah ke – 12 itu berkata – ‘’ Setiap kali syawal , bagi saya orang paling penting untuk diziarahi adalah ibubapa . Ayah saya sudah tiada jadi memang saya sangat harap dapat jumpa ibu . Walaupun covid-19 menghalang kita untuk beraya seperti kebiasaanya namun saya bersyukur dapat melawat keluarga terdekat’’
Jika ditanya tentang persiapan menyambut aidilfitri pada fasa endemik 2022 ini , persiapan raya ala kadar sahaja, masih sempat juga potong baju untuk seisi keluarga, yang penting anak – anak dapat menyambut aidilfitri dengan meriah ‘ kata Shaiffulhan Saidin .
Rakan artis yang lain turut berkata ‘’Saya merasa sangat teruja dan gembira kerana diberi peluang menyanyikan lagu Asal Jak Raya ciptaan abg Shaifulhan dan kak Dlaila. Kali pertama saya dengar demo ni memang saya sudah terpesona dengan melodi dan liriknya yang direct to the point dengan keadaan semasa kita. Sebenarnya kalau kita hayati liriknya..lirik lagu raya kak dlaila ini agak sedih tetapi di sulami dengan garapan melodi yang baik oleh abg Shaiffulhan dan susunan muzik daripada abg Jasni Md Yaakob sangat mantap dan padu.’’ Kata Nazri Saidali.
Manakala Apiz paschya menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur dapat berkerjasama dengan composer & penulis lirik untuk lagu Asal Jak Raya ini . ‘’Terima kasih banyak – banyak buat abang Shaifullhan dan kak D’laila, dan juga buat abang Nazri yang membawa saya untuk bersama sama berkobolarasi bersama rakan- rakan artis sabah yang lain. Di beri peluang untuk bekerjasama, ini adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang rakaman lagu “ASAL JAK RAYA”..’’. – jelas Apiz Paschya.
Sebelum ini , Shaiffulhan banyak mencipta lagu – lagu untuk artis tempatan sabah yang lain seperti Cici berjudul Ku Takkan Mengalah , Ebi Kornelis berjudul Romeo Ikan Masin dan juga Santiana Ramli berjudul Keseorangan dan sudah pun berada di saluran youtube Luncai Emas .
”Untuk susunan Muzik saya mendapatkan Khidmat Jasnie Mohd Yakub seorang Penerbit dan jurutera Bunyiyangtidak asing lagi diSabah – Kata Shaiffulhan Saidin .
Single ini telah meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada tahun 2021 yang lepas memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat wabak pandemik Covid- 19 pada ketika itu.
Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single Asal Jak Raya ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes ini.
Semoga lagu gandingan artis tempatan sabah untuk ASAL JAK RAYA ini dapat menambat hati peminat-peminat di Sabah serta Semenanjung Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini !