(HIBURAN) WINGS ORANG KITA: SEMANGAT WINGS TERUS HIDUP, ERA BAHARU BERMULA

Spread the love

Kuala Lumpur, 16 Januari 2026 – Bersedia untuk malam yang istimewa! Rumah Produksi Merah mempersembahkan Wings Orang Kita, sebuah konsert khas yang menghimpunkan legasi, semangat dan pembaharuan daripada kumpulan legenda rock tanah air, Wings. Konsert ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari 2026, menjanjikan sebuah malam penuh emosi dan pengalaman muzik yang bermakna buat para peminat.

Kumpulan legenda rock tanah air, Wings, terus membuktikan bahawa semangat mereka kekal utuh meskipun melalui perubahan zaman. Dengan kehadiran ahli baharu (Pae & Arm) dalam kumpulan, Wings kini melangkah ke arah dan konsep baharu, selari dengan evolusi muzik mereka yang lebih segar dan relevan, tanpa meninggalkan identiti asal yang menjadi kekuatan Wings sejak dahulu. Aura baharu ini membawa nafas segar kepada persembahan Wings, memperlihatkan gabungan tenaga lama dan semangat baharu yang lebih matang serta bertenaga.

Kemasukan ahli baharu (Pae & Arm)  ini menandakan permulaan fasa baharu buat Wings, di mana kumpulan ini bakal memperkenalkan idea-idea muzik yang lebih fresh dan dinamik. Seiring dengan perkembangan tersebut, Wings juga dalam perancangan untuk menghasilkan dan melancarkan lagu-lagu baharu, sekali gus memberi nafas baharu kepada perjalanan seni mereka.

Konsert Wings Orang Kita dianjurkan sebagai satu penghargaan khas buat para peminat setia. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat yang terlepas menyaksikan konsert Wings 40 Tahun tempoh hari, malah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan menyokong konsert bersejarah tersebut. Konsert ini diraikan sebagai simbol hubungan erat antara Wings dan peminat yang sentiasa berdiri bersama mereka sepanjang perjalanan karier.

Menariknya, konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa yang disediakan khas buat para peminat, sebagai pengalaman eksklusif yang hanya dapat dirasai secara langsung pada malam konsert Wings Orang Kita kelak.

Walaupun melalui perubahan barisan ahli, semangat Wings kekal tidak pernah patah. Jiwa, tenaga dan roh Wings masih utuh, dipacu oleh kecintaan terhadap muzik serta sokongan padu daripada peminat. Wings turut mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu sebagai sebahagian daripada keluarga Wings, yang akan bersama-sama membawa kumpulan ini ke tahap seterusnya.

Bagi konsert Wings Orang Kita, beberapa kategori tiket ditawarkan bagi memenuhi keperluan penonton, termasuk penambahan kategori baharu:

  • Rockzone Standing – RM178
  • Free Standing – RM148
  • Rockzone Seating (Kategori Baharu) – RM298
  • Premium Seat – RM428
  • Standard Seat – RM358
  • VIP Box – RM8,800

Dengan gabungan semangat lama dan nafas baharu, Wings Orang Kita dijangka menjadi satu lagi konsert bermakna dalam sejarah perjalanan Wings, meraikan legasi, perubahan dan masa depan kumpulan rock ikonik ini bersama peminat yang digelar “Orang Kita”.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *