(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Beralih Arah ??

Spread the love

IMG_5034

Tinggal 12 hari lagi , konsert mega solo pertama bagi penyanyi tersohor Anuar Zain (Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari : Anuar Zain ) berlangsung. Pihak media mendapat kejutan daripada pihak pengurusan Anuar Zain iaitu Anuar Zain Network Sdn Bhd, apabila dipanggil ke sidang media akhir yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Sidang media ini dibuat bagi mengumumkan perubahan terakhir yang akan berlaku membabitkan lokasi atau venue konsert penyanyi tersohor ini.

Read more →


Spread the love

(PERADUAN) 4 Keping Tiket Ke Konsert The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas” Live In Malaysia

Spread the love

Ghazal-Poster2blankosoalan

Khas untuk peminat muzik ghazal dari India, pihak Galaksi Media Online ingin memberikan 4 tiket percuma . Anda hanya perlu tekan butang “ LIKE ” pada facebook Galaksi Media dan menjawab satu soalan mudah di bawah.

Soalan :

Berikan 2 nama penganjur bersama yang membawa  masuk persembahan The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas” Live In Malaysia ?

emailkan jawapan anda kepada : infogalaksimedia@gmail.com

dan maklumat lain seperti :

1)      Nama Penuh

2)      No Kad Pengenalan

3)      Facebook ID

4)      No. Telefon

 

sebelum :  6 Februari 2013

siapa cepat, dia dapat Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Filem “Bullet to the Head”

Spread the love

HG Catching Fire poster

Filem “Bullet to the Head” menceritakan tentang seorang pembunuh upahan di New Orleans iaitu Jimmy Bobo  (Sylvester Stallone) dan seorang polis yang bersatu untuk balas dendam di atas kematian rakan masing-masing.  Jimmy Bobo (Sylvester Stallone) dan Detektif Taylor Kwon (Sung Kang ) memang bagaikan langit dan bumi. Walaupun mempunyai kesamaan di antara mereka berdua, kesamaan itu adalah dendam. Dendam yang membuat dua orang dari haluan berbeza ini bersatu demi satu tujuan. Mereka bertindak secara bersama dan tidak ada yang mampu menghalangi mereka. Mereka tak akan berundur sehingga dendam itu berbayar. Filem ini diarahkan oleh Walter Hill dan skripnya pula ditulis oleh Alessandro Camon. Antara barisan pelakon ialah Sylvester Stallone, Sarah Shahi, Sung Kang, Jason Momoa, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Christian Slater, Holt McCallany, Jon Seda, Beau Brasseaux, Weronika Rosati.

Read more →


Spread the love

(HIBURAN) ‘BULAN, BINTANG & KITA‘ – DRAMA UNIK DAN KOMEDI DI TV9

Spread the love

josiah hogan

‘Bulan, Bintang dan Kita’, sebuah drama komedi bersiri menerusi slot 9X telahpun mula disiarkan di TV9 pada setiap Rabu, jam 10.30 malam sejak 2 Januari lalu. Menerusi drama 8 episod ini, Padi Pictures Sdn Bhd telah memberikan tanggungjawab berat kepada Josiah Padilla Hogan dengan memikul watak utama, iaitu Andi. Josiah atau nama Islamnya Mohamad Musleh merupakan seorang artis pendatang baru dan pernah berlakon dalam Projek Pop (8TV). Malah, beliau juga bakal beraksi dalam drama terbaru TV9 iaitu Cinta Jangan Pergi tidak lama lagi. Pemuda kacak yang berasal daripada Texas, Amerika ini sangat fasih berbahasa Melayu terutamanya Kelantan sejak berpindah ke Malaysia bersama ibunya ketika usianya masih kecil. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) DRAMA KOREA TERBARU STILL, MARRY ME CUIT HATI PENONTON ntv7

Spread the love

Still Marry Me 1

Konflik kerjaya dan sindrom cinta wanita berusia!

Bila nak kahwin? Itulah antara soalan cliché yang kalau boleh enggan anda dengari tatkala masih belum menamatkan zaman bujang walaupun usia semakin meningkat. Bukan mudah menemui pasangan hidup apatah lagi jika anda seorang wanita berkerjaya dan digelar golongan gila kerja atau ‘workaholic’. Adakalanya dalam mengejar cita-cita, pangkat mahupun harta mungkin ada yang terlupa yang mereka juga memerlukan pasangan hidup. Lebih runsing apabila bermacam-macam pula cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dilema wanita moden inilah yang bakal diketengahkan dalam sebuah drama bersiri Korea terbaru berjudul Still, Marry Me yang bakal menemui penonton buat pertama kalinya di Malaysia bermula 1 Februari pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari selama sejam di ntv7. Read more →


Spread the love