Petaling Jaya, 14 November 2012 – Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012), anugerah paling berprestij dekad ini telah menyaksikan kemenangan besar drama ‘Di Telapak Kaki Bonda’ terbitan Filmscape Sdn Bhd di bawah arahan Kabir Bhatia yang menggondol 4 anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di samping meraikan Bunohan sebagai Filem Terbaik. Read more →
(HIBURAN) Anugerah Skrin 2012 MERAIH 4 JUTA PENONTON!
(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ‘Sepah The Movie’
12 November 2012 – Majlis pra tonton filem Sepah The Movie telah berlangsung dengan jayanya di e-Curve , Damansara. Filem terbitan PTV Film ini bakal menemui penonton di pawangan pada 29 November 2012. Filem lakonan kumpulan Sepah ini turut dibintangi oleh bakat baru seperti Anzalna dan Ramona Zam Zam serta pelakon berpengalaman Jehan Miskin. Read more →
(HIBURAN) Majlis Pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia
Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini. Read more →
(HIBURAN) SHOUT Movement @Publika
Bertempat di Publika sedang berlangsungnya majlis SHOUT Movement bersempena dengan THE SHOUT AWARDS 2012 yang bakal berlangsung pada 23 November 2012 di SURF BEACH, Sunway Lagoon. SHOUT Movement merupakan jelajah promosi yang dilakukan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan merasai aura gilang gemilang majlis tersebut. Selain persembahan artis terdapat juga bengkel-bengkel yang menjurus kepada beberapa tema seperti Muzik, Filem dan TV, Fesyen dan Seni dan sebagainya. Antara jemputan penceramah antaranya ialah pengarah filem Bunohan, saudara Dain Said, pelakon Sharifah Amani dan Sofea Jane. Antara jemputan lain seperti Reza Shah (Muzik), Ben Law (Muzik), Linda Jasmine, Bone (Grafiti) , Kamarul Akhir (Fotografi) serta dihiburkan oleh artis-artis bebas antaranya Tasha Nanshahar dan lain – lain. Read more →
(GAMBAR) Foto-Foto Karpet Merah Malam Anugerah Skrin 2012 (BAHAGIAN 2)
Foto – Foto Menarik Di Sekitar Anugerah SKRIN 2012
kredit foto : GMO Crews |Kamarul Zaman Ganu





