(SEMASA) REBAT MARIICAS SEHINGGA RM2,400 BERSAMA SKUTER ELEKTRIK ZEEHO AE4 

Spread the love

PULAU PINANG, 20 FEBRUARI 2025 – ZEEHO dengan bangganya memperkenalkan AE4, kenderaan elektrik (EV) terbaharunya di pasaran Malaysia. Direka untuk penunggang dari pelbagai lapisan masyarakat, AE4 menggabungkan praktikaliti, kecekapan, dan kelestarian dengan lancar. Sama ada untuk pelajar universiti, golongan profesional, atau pengguna harian, skuter elektrik ini menawarkan penyelesaian mobiliti yang menjimatkan dan mesra alam tanpa mengorbankan gaya atau prestasi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penggunaan EV, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon rebat sehingga RM2,400 melalui Program MARiiCas (Malaysia EV Incentive Scheme). Menerusi rebat ini, harga efektif ZEEHO AE4 boleh didapati sekitar RM4,599, berbanding harga asal RM6,999 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan).

ZEEHO AE4 hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Helios Orange, Nebula White dan Velocity Gray yang menawarkan gaya moden, sesuai untuk pelbagai citarasa pengguna. Skuter elektrik ini juga mempunyai saiz ruang simpanan sebesar 31L bagi kemudahan penyimpanan barang.

Dengan reka bentuk futuristik, jarak perjalanan yang lebih jauh dengan sekali cas serta sistem keselamatan canggih, ZEEHO AE4 adalah penyelesaian ideal bagi mereka yang ingin beralih kepada pengangkutan yang lebih lestari dan menjimatkan kos.

ZEEHO juga mempunyai aplikasi tersendiri dengan fungsi pengawasan motosikal iaitu ZEEHO Ride. Ciri-ciri khas ini membolehkan pengguna untuk meningkatkan taraf keselamatan ZEEHO AE4. Pengguna boleh menjejakinya menerusi aplikasi dan boleh mengunci motosikal walaupun pada jarak yang jauh.

Terdapat pelbagai lagi spesifikasi pintar yang ada pada AE4 ini seperti menawarkan fungsi perisian Over-The-Air (OTA). Percirian yang unik ini membolehkan kemas kini perisian dilakukan secara automatik tanpa perlu ke pusat servis dan hanya melalui sambungan internet.

Keadaan ini amat memudahkan pemilik ZEEHO AE4 tidak seperti motosikal tanpa OTA yang perlu menyambungkan keseluruhan sistem OBD (On-Board Diagnostics) kenderaan jika ingin menaiktaraf ECU (Electronic Control Unit) yang berkaitan di pusat servis berhampiran.

Terdapat juga lima cara untuk menghidupkan motosikal iaitu menerusi NFC (Near Field Communication),  kunci, capaian Bluetooth, kata laluan dan capaian internet 4G.

ZEEHO AE4 kini boleh didapati di semua pengedar rasmi ZEEHO di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai pembelian, permohonan rebat dan cara mendaftar dalam Program MARiiCas, boleh melayari laman web rasmi www.MARiiCas.gov.my atau kunjungi pengedar sah ZEEHO di seluruh Malaysia.

Dengan setiap pembelian ZEEHO AE4, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *