(SEMASA) 11street Mengumumkan Strategi Masa Depan untuk Memberi Ganjaran kepada Pengguna di Acara Sambutan Pertamanya yang Berinspirasikan Korea, ‘LOVE 11’

Spread the love

Image 3

KUALA LUMPUR, 11 November 2015 – Pasaran dalam talian 11street (www.11street.my) hari ini meneguhkan lagi iltizamnya terhadap pelanggan dengan mendedahkan rancangan strategik baharu buat para pengguna aplikasi mudah alih dan ‘Shocking Deals’ yang menjadi keistimewaan mereka, di samping turut memilih 11hb pada setiap bulan sebagai Hari ‘LOVE 11’ bagi memberi kejutan kepada para pembeli dengan jualan hebat serta pemberian percuma.

Image 2

11street mengumumkan iltizam terbarunya pada acara sambutan berinspirasikan Korea yang julung kali diadakan bertempat di Lot 10, dengan tertumpu kepada usaha memberi ganjaran kepada para pembeli Malaysia yang telah memberi sokongan hebat sepanjang 8 bulan lalu. Sehingga hari ini, 11street berada di kedudukan sebagai 40 website utama di negara ini, dan mempunyai lebih daripada tujuh (7) berjuta-juta produk berkualiti menjual pada harga yang kompetitif.

Image 1

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim mendedahkan pemberian percuma terbesar mereka pada tahun ini buat para pembeli Malaysia yang berjumlah RM11 juta sebagai ganjaran hujung tahun. Bermula pada hari ini sehingga 31 Disember, para pembeli boleh menebus tawaran harian yang berbentuk jualan dan kupon dengan diskaun sehingga 90% di 11street.

Image 4

“Kami memilih 11 November untuk mengumumkan iltizam kami ini kerana ia merupakan hari yang simbolik buat jenama kami; dan ia adalah hari di mana 11ST Korea melakukan sambutan meluas dengan memberi kembali kepada para penggunanya. Didorong oleh amalan tahunan di Korea yang mempamerkan kasih sayang kepada mereka yang tercinta pada 11 November, kami turut mendapat inspirasi untuk ikuti tradisi ini dengani meraikan ‘LOVE 11’ kami yang pertama di Malaysia. Kami juga memilih 11hb pada setiap bulan sebagai Hari ‘LOVE 11’ untuk memberi ganjaran kepada peminat dan pelanggan setia kami dengan pelbagai tawaran hebat,” jelas Kim.

Rancangan Strategik untuk 2016

11hb November juga menyediakan peluang terbaik buat 11street untuk meninjau kembali pencapaian terbarunya dan apa yang akan berlaku pada masa depan, tatkala ia mengumumkan strategi masa depan yang bertunjangkan usaha memperkasa para pengguna agar terus mencari yang mereka senangi di 11street.

i) Lebih banyak produk berkualiti untuk promosi ‘Shocking Deals’

Sejak April lalu, ‘Shocking Deals’ serta jaminan harga terendah (LPG) 11street telah membolehkan ramai pelanggan membeli barangan kegemaran mereka pada harga paling kompetitif. Hari ini, 11street mendedahkan rancangannya untuk menggandakan kepelbagaian dalam senarai produknya untuk ‘Shocking Deals’ menjelang awal tahun 2016. Ini menunjukkan iltizamnya untuk terus menjadi sumber yang boleh dipercayai bagi mendapatkan tawaran pada harga yang paling kompetitif dengan pilihan barangan paling meluas dalam negara.

“‘Shocking Deals’ sememangnya menjadi asas perniagaan kami, dan merupakan salah satu iltizam terhebat kami untuk para pengguna tempatan agar dapat menikmati janji LPG kami. Setakat hari ini, kami sukacita ingin berkongsi dengan anda bahawa apabila ia berkait dengan pembayaran balik jaminan harga terendah, kami menerima hampir 0% tuntutan, lantas meneguhkan betapa bagusnya ‘Shocking Deals’ diurus di 11street sebagai suatu sumber yang boleh dipercayai bagi produk dengan harga kompetitif di Malaysia,” ujar Kim lagi.

ii) Strategi aplikasi mudah alih yang lebih mantap untuk memperhebat pengalaman membeli-belah

Mengikut laporan Nielson , pertumbuhan yang berkaitan dengan peranti telah membuka jalan kepada peningkatan yang positif dalam sektor e-dagang, di mana 47% daripada warga Malaysia menggunakan telefon pintar untuk membeli-belah dalam talian. Malah, penggunaan mudah alih untuk pembelian dalam talian semakin popular sehingga menempatkan negara di tangga keenam daripada 10 pasaran terkemuka di peringkat global untuk membeli-belah menggunakan mudah alih. Keadaan lebih jelas terbukti bersandarkan hakikat bahawa hampir 50% daripada trafik ke 11street dijana daripada peranti mudah alih.

Tambah Kim lagi, “Hari ini, aplikasi membeli-belah mudah alih 11street telah menjadi salah satu aplikasi paling popular di Malaysia. 11street mempunyai kedudukan teratas 3 sebagai app beli-belah di Google Play Store Malaysia dan kami amat gembira dengan pencapaian ini. Kami sentiasa meletakkan keutamaan dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang begitu mudah menggunakan mudah alih buat semua pengguna.”

Pada 2016, 11street akan memberi tumpuan yang lebih teguh dengan menyediakan pendekatan serampang dua mata buat para pembeli yang menggunakan mudah alih. Ia dilakukan dengan menawarkan kandungan yang lebih tersusun dan terpilih dengan penambahbaikan dalam antara muka pengguna serta reka bentuk pengalaman pengguna (UI/UX), di samping penambahan ciri-ciri yang diperibadikan untuk pengalaman pelanggan yang lebih hebat, di mana pada masa yang sama, 11street akan turut menawarkan lebih banyak jualan dan diskaun dengan nilai eksklusif pada peranti mudah alih.

Dengan terus-menerus menaik taraf penawaran dan perkhidmatan aplikasi mudah alihnya, 11street memberi jaminan bahawa para penggunanya akan menyusuri perjalanan membeli-belah yang lebih mantap menerusi aplikasi mudah alih.

Tayangan Eksklusif Iklan Televisyen Bertema

11street turut menayangkan iklan televisyen (TVC) dua episodnya yang baharu dan mencerminkan iltizam jenama tersebut serta tumpuan yang sedang diberikan buat masa ini terhadap perniagaannya. Dibintangi oleh bintang tersohor dari Korea, Lee Min Ho dan pelakon Malaysia, Emily Chan, TVC tersebut akan disiarkan di seluruh negara melalui rangkaian televisyen siaran percuma serta saluran YouTube 11street bermula pada 16hb November.

Mengulangi sekali lagi bahawa pelanggan setia adalah amat penting kepada kejayaannya, para pengguna pada majlis ‘LOVE 11’ telah memperoleh pemberian percuma bernilai dalam bentuk 11,000 kotak Pepero, kupon membeli-belah 11street, hadiah menarik daripada peraduan, pemberian percuma serta hadiah barangan yang hebat daripada jenama yang mengambil bahagian seperti SONY, Samsung, Kinohimitsu, K-market, BONIA, Lenovo, NESCAFE, Thermos®, dan WindRider. Warga Malaysia juga berkesempatan menikmati persembahan penghibur Korea, HAHA.

“Kami gembira kerana acara besar-besaran ini merupakan suatu kejayaan hebat dalam memperlihatkan penghargaan 11street terhadap segala sokongan daripada para pelanggan kami sepanjang tempoh 8 bulan lalu. Kami terus beriltizam untuk menyediakan pengalaman membeli-belah terhebat buat semua warga Malaysia sambil kami melangkah memasuki tahun baharu,” ujar Kim mengakhiri perbualan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *