15,000 pek Mee Kari Opah telah terjual dalam masa satu jam menerusi platform perniagaan Tiktok. Pengarah Urusan Arwaa Food, Mohd Ab Hadi Ab Kaderi mengucapkan syukur kepada Allah swt di atas rezeki yang dikurniakan dan berterima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong usagha Arwaa Food dari dulu hingga sekarang.
Produk Mee Kari Opah Arwaa Food sudah berada di pasaran lebih satu tahun dan telah mendapat tempat dihati peminat mee segera di Malaysia. Mungkin kerana Arwaa Food mensajikan “KEIKHLASAN” dalam resepi mee kari opah di mana pelanggan dapat menikmati rasa mee kari yang sebenar tetapi dalam bentuk mee segera yang jauh lebih mudah dan cepat. Sinonim dengan peredaran zaman yang serba pantas, Arwaa Food cuba bawakan citarasa asli air tangan “opah” di dalam bentuk mee segera.
Mohd Ab Hadi Ab Kaderi juga memaklumkan bahawa Arwaa Food mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk melaksanakan proses R&D bagi memastikan rasa dan texture mee yang kami inginkan. Disamping itu juga Arwaa Food menggunakan mee tarik yang berkhasiat dimana penggunaan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan saffron dijadikan sebagai bahan asas tanpa menggunakan lilin, borik acid bagi memastikan ianya lebih selamat dan menyedapkan.
Bercakap mengenai perancangan Arwaa Food untuk meluaskan lagi pasaran Mee Kari Opah pada 2023. Arwaa Food sebenarnya sudah menjalankan R&D lebih dari 5-6 rasa mee tarik bukan sahaja mee kari tetapi ada beberapa rasa lagi yang mana masih mengekalkan konsep asal Arwaa Food iaitu “RASA ASLI” seperti masak sendiri.
Pasangan selebriti Adhwa dan Ardell telah terjun ke dlm bidang perniagaan produk makanan ini setelah mendapat ajakkan dari 2 orang sahabat kami iaitu Hadi dan Hafiz untuk menerokai bidang perniagaan baru iaitu produk makanan mee segera. Setelah berhempas pulas memikirkan idea dari segi konsep dan rasa yang ingin diketengahkan. Maka terhasillah mee kari opah.
Bercakap mengenai teknik jualan melalui platform sosial media, Pengarah Urusan Arwaa Food, Nizar Hafiz menegaskan bahawa platform sosial media ini adalah platform yang terbaik dan boleh dikatakan mempunyai kos yang rendah tetapi memberikan pulangan yang agak besar dengan hampir 40 juta rakyat Malaysia semuanya terdedah dengan sosial media dan tidak boleh disangkal lagi ianya merupakan platform yang terbaik untuk memasarkan produk jenama tempatan dengan terbuktinya sebanyak 15,000 pek Mee Kari Opah telah terjual dalam masa satu jam menerusi platform perniagaan Tiktok.