(SEMASA) adidas Predator 18 Sedia Untuk Menguasai

Spread the love

 

KUALA LUMPUR (29 November 2017): Selepas 12 tahun, but ikonik adidas iaitu Predator membuat penampilan semula melalui adidas Predator 18 yang telah dilancarkan secara rasminya dalam satu majlis di Football Republic, KLCC hari ini.

But Predator adalah antara rangkaian sepatu bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat adidas sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan selama 21 tahun ianya telahpun direka dengan 18 model yang berbeza. Maka tidak hairanlah, adidas Predator menjadi pilihan legenda-legenda bola sepak dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Steven Gerrard dan ramai lagi pada satu ketika dahulu.

Sempena dengan pelancaran pek “Skystalker”, Predator 18 yang baru telah dilancarkan oleh pemain tempatan iaitu Izham Tarmizi, Afiq Fazail, serta Badhri Radzi (Piya).

Selain itu, pemain bola sepak tajaan adidas seperti Khairul Helmi, Nurridzuan Abu Hassan serta duta adidas seperti Roen Cian, Raf Yaakob dan juga pemenang peraduan Football Republic turut berada dalam majlis. Mereka menyaksikan sendiri detik-detik kembalinya Predator yang menfokuskan visi dan juga ketepatan di atas padang.

Kesemua yang hadir termasuklah rakan-rakan media dipertontonkan dengan tayangan mengenai sejarah Predator, teknologi dan juga ciri-ciri khas untuk model keluaran terbaru. Untuk menunjukkan kehebatan dalam kawalan, terdapat freestyler bola sepak yang mempamerkan kawalan teknik serta kemahiran mengagumkan dengan mengenakan Predator 18.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Republic, Vach Pillutla berkata, “Ianya adalah satu penghormatan kepada kita menjadi hos untuk pelancaran semula satu jenama bola sepak yang popular dan ikonik sepanjang masa. Kembalinya adidas Predator adalah satu peristiwa hebat dalam bola sepak sama ada kepada pemain atau kepada peminat.”

Football Republic merupakan pemasar rasmi untuk produk bola sepak premium adidas yang memenuhi keperluan peminat di semua peringkat.

Ketua Pemasaran adidas Malaysia, David Wong yang turut berada di majlis pelancaran melahirkan penghormatan atas sejarah yang dicipta Predator dan juga kepada Football Republic kerana menyediakan kedai barangan sukan lengkap kepada semua peminat sukan.

Dia berkata: “Bagi kami, adidas Predator adalah sebahagian besar daripada jenama dan bola sepak secara amnya kerana ianya muncul semasa generasi emas sukan pada tahun 90-an. Banyak legenda bola sepak memulakan serta menamatkan karier mereka dengan but Predator dan melalui pelancaran semula ini, kami tidak sabar untuk melihat generasi seterusnya pemain bola sepak memahat sejarah mereka sendiri. “

“Hari ini, kami mempunyai outlet seperti Football Republic untuk menyediakan produk berkualiti kepada peminat bola sepak dan saya yakin melalui kerjasama adidas dengan mereka, kami akan terus mempromosikan sukan kepada kalangan generasi muda hari ini,” tambah David.

Predator 18+ didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas termasuk Primeknit SOCKFIT COLLAR yang dikemaskini, direka bentuk secara semulajadi untuk menampung serta memastikan sokongan terhadap bentuk kaki. Sistem PURECUT LACELESS pula memastikan kawalan permukaan maksimum sementara FORGED KNIT memberikan sokongan kepada struktur pertengahan kaki dalam membuat kestabilan untuk menyokong pergerakan yang kompleks.

Kemunculan kali kedua Predator menyaksikan pemain seperti Paul Pogba, Dele Alli, Ivan Rakitic dan Mesut Ozil akan menggunakan but ini di atas padang. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai adidas dan Football Republic di seluruh negara.

Sila layari adidas.com/football atau ikuti @adidasfootball dan #adidasMY di Instagram untuk sebarang maklumat berkaitan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *