Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59, Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang dan Persatuan Bekas Putera (OPA) dengan kerjasama Multimedia Entertainment, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tayangan Khas Airforce The Movie: Selagi Bernyawa di bawah DUN Pelabuhan Klang dengan mengetengahkan tema “Menyemai Patriostisme, Menyemarak Nasionalisme”.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan menyemarak semangat nasionalisme di kalangan penonton, memberi pendedahan terhadap pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas oleh pihak tentera dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, memberi kesedaran terhadap penonton untuk menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi dan menyemarakkan semangat masyarakat terutamanya dari kalangan anak-anak muda untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia pada masa hadapan,
Kehadiran khas Panglima Medan Barat Tentera Darat Malaysia, YBhg. OP Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang merasmikan program tayangan khas ini adalah mewakili Panglima Angkatan Tentera Malaysia YBhg. OP Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang. Program ini dihadiri oleh seramai 1,150 orang penonton yang terdiri daripada masyarakat DUN Pelabuhan Klang, ahli-ahli Persatuan Bekas Putera (OPA), Pegawai Kadet UPNM, Putera Maktab Tentera Diraja, Anggota Tentera yang masih berkhidmat dan yang telah bersara dan juga diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang lain seperti YBhg. OP Jeneral (Bersara) Tan Sri Suleiman bin Mahmud (Mantan Panglima Tentera Udara), YABhg. Datin Seri Masdiana binti Muhamad Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), YBhg. OP Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff (Komandan Maktab Tentera Diraja), YBhg. OP Mejar Jeneral (Bersara) Dato’ Marsaleh Hashim Mantan Panglima Wilayah Udara 1 (TUDM), YBhg. OP Laksamana Madya (B) Dato’ Jamil (Mantan Panglima Angkatan Bersama, Markas Angkatan Tentera Laut), YBhg. Dato’ Seri Yusop Saidin (Penasihat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM), YBhg. OP Dato’ Baharudin bin Mahyuddin (Presiden Persatuan Bekas Putera-OPA), YBrs. OP Komander Tuan Azman bin Yusoff (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Kuala Lumpur/Selangor), YBrs. Leftenan Kolonel Tuan Muhammad Samzie bin Gusang (Pegawai Pemerintah Akademi Latihan Ketenteraan UPNM), YBrs. Tpr. Puan Hajah Noraini binti Roslan (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang), YBrs. Tuan Shahman bin Jalaluddin (Pegawai Daerah Klang), YDH. ACP Tuan Cha Hoong Fong (Ketua Polis Klang Selatan), YBhg. Datuk Steven Lim (Pengarah Urusan Multimedia Entertainment), YBhg. OP Datuk Mirnawan Nawawi (lkon Hoki Negara).
Penganjur tayangan ini, YB. OP Tuan Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Negeri N46 Dun Pelabuhan Klang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Multimedia Entertainment dan juga barisan pelakon, pengarah, serta penerbit Airforce The Movie: Selagi Bernyawa yang telah berjaya menghasilkan sebuah nashkah yang sangat hebat dan menyentuh perasaan serta memberikan inspirasi kepada penonton. Kami berharap agar filem-filem seperti ini akan dapat dihasilkan dengan lebih banyak pada masa hadapan agar rakyat di negara ini dapat menyelami dan memahami tugas-tugas dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh anggota tentera darat, udara dan laut dan beliau menyeru kepada orang ramai di luar sana yang masih belum menonton filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa supaya segera hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan ke pawagam yang berhampiran bagi menyokong industri perfileman tanah air kita terutamanya filem yang berkualiti dan berkonsepkan patriotik seperti filem ini.