Neffos hari ini mengumumkan pelantikan personaliti terkenal Malaysia – Fazura sebagai duta kepada Neffos X Series bagi memacu pertumbuhan jenama telefon pintar tersebut. Sebagai jenama yang berperanan merapatkan hubungan di antara manusia dan teknologi, Neffos percaya bahawa dengan adanya figura terkenal untuk dikaitkan dengan jenamanya, ia mampu membuatkan X Series lebih dikenali. Ini kerana pengguna boleh merasai sendiri inovasi bersama wajah yang mereka kenal dan gemari.
Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura bukanlah nama yang asing buat rakyat Malaysia. Berjaya mengukuhkan dirinya sebagai antara bakat paling dikenali dalam dunia hiburan tempatan, Fazura menjadi seorang penghibur serba boleh kerana bakatnya dalam bidang lakonan, nyanyian, peragaan dan pengacaraan.
Dengan jadualnya yang padat dan sentiasa perlu berada di hadapan kamera, Neffos X Series menawarkan kemudahan kepada Fazura supaya tidak terlepas daripada merakam banyak saat-saat berharga. Dilengkapi ciri phase-detection autofocus (PDAF) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci dalam masa hanya 0.2 saat, Neffos X Series membolehkan bintang J Revolusi itu merakam gambar dengan hanya satu senyuman.
Menjadi antara wajah yang paling dikenali di Malaysia, Fazura pastinya mempunyai gaya beliau tersendiri. Sebagai seorang fashionista, Fazura sentiasa memastikan beliau kelihatan cantik dalam apa jua acara. Hanya menggunakan produk yang terbaik, Neffos X1 bukan sekadar rakan yang pantas, malah ia juga sepadan dengan imej Fazura menerusi rekaannya yang kemas dan elegan. Dengan penampilan fesyen dan gaya premium Neffos X1, Fazura pasti akan sentiasa kelihatan bergaya.
“Kami mahukan seseorang yang benar-benar dapat memahami falsafah Neffos dan mengangkat jenama ini menjadi antara pesaing utama di Malaysia. Fazura merupakan pilihan pertama kami kerana beliau memiliki semua kriteria yang kami cari. Jadi, tidak hairanlah jika beliau dipilih sebagai duta kami.”
“Semua orang tahu bahawa Fazura menjalani gaya hidup yang pantas. Maka amat penting untuk memiliki sebuah peranti yang pantas dan boleh dipercayai. Neffos X Series mampu melakukan semua ini, menawarkan Fazura dengan kombinasi sempurna di antara kepantasan dan gaya,” kata Pengurus Kanan Pemasaran TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd., Kelvin Lim.
Pelantikan duta jenama mengukuhkan lagi perancangan Neffos untuk menjadikan Neffos X Series sebagai telefon pintar pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Selari dengan motto Neffos iaitu ‘Close to you’ (Dekat dengan anda), X Series ialah telefon pintar yang dibina khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ketersambungan serta interaktiviti pantas. Dengan ciri PDAF (phase-detection auto-focus) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci ID cap jari cuma 0.2 saat, X Series membolehkan orang ramai sentiasa berhubung.
“Saya berbangga kerana diberi peluang untuk menjadi duta kepada salah satu jenama yang paling inovatif, bercita-cita tinggi dan pantas berkembang di negara ini. Sebagai duta kepada Neffos, saya tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi yang menarik dan mencetuskan inspirasi daripada jenama ini kepada rakyat Malaysia. Neffos X Series sememangnya mampu memenuhi semua keperluan harian saya. Ia mempunyai sistem penyahkunci yang sangat pantas, kualiti kamera mengagumkan bersama sudut luas yang saya gemari, tambahan pula rekaannya juga sangat bergaya,” kata Duta Jenama Neffos X Series, Fazura.
NEFFOS X1 & X1 MAX
Memiliki reka bentuk yang kemas dan dibina menggunakan bahan-bahan premium, Neffos X1 dan X1 Max tampil dengan badan luaran metalik yang diinspirasikan daripada batu-batuan yang boleh ditemui di dalam sungai – permukaannya dilicinkan oleh pergerakan air tanpa menghilangkan aspek ketahanannya. Setiap perincian telah diperhalusi untuk membuatkan telefon pintar ini nampak dan rasa selesa, seterusnya memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.
Salah satu rekaan telefon pintar ini yang menonjol ialah bahagian belakang melengkung yang menirus ke arah sisi, seterusnya memberikan rekaan lebih ergonomik. Lengkungan itu juga membuatkan X series lebih mudah dipegang dan dioperasi menggunakan sebelah tangan berbanding peranti lain yang mempunyai saiz sama.
Neffos X series juga mempunyai bezel yang super nipis sehingga 2.75mm[1], lancar, bucu-bucu serong yang berukuran cuma 0.6mm. Dengan panjang telefon diminimumkan, nisbah skrin-ke-badan adalah setinggi 76 peratus.
Skrin itu menggunakan sepenuhnya teknologi in-cell bersama ciri integrasi pemacu sentuhan dan paparan (TDDI). Ia ringan dan 0.2mm lebih nipis berbanding laminasi biasa yang digunakan pada telefon pintar lain. Teknologi itu juga menawarkan ketepatan kawalan yang lebih baik ketika bermain permainan video dan menggunakan aplikasi. Selain integrasi skrin yang lancar untuk kualiti imej lebih jelas dan dapat memanjangkan jangka hayat bateri.
2.5D Corning Gorilla Glass dipasang pada paparan X1 Max untuk memberikan rasa lebih semula jadi ketika digunakan. Paparan X1 Max bersaiz 5.5 inci – memiliki kontras warna yang tinggi iaitu 1,800:1 untuk hiburan terbaik dalam kelasnya. Warna-warna diserlahkan dengan tepat dan jelas. Perinciannya tajam dan sudut tontonan juga cukup cemerlang, walaupun ketika dilihat dari sudut yang pelik. Neffos X series ialah peranti yang sempurna untuk bermain permainan video atau menonton rancangan TV dan filem.
TIDAK BERKOMPROMI DARI SEGI PRESTASI
Neffos X1 dan X1 Max menggunakan chipset Octa-core MediaTek Helio P10 dengan 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB. Kapasiti storan itu boleh ditingkatkan sehingga 128GB menggunakan kad microSD. Kedua-dua telefon pintar ini menyokong jalur berkembar Wi-Fi dan pelbagai jalur LTE untuk akses internet yang pantas. Jadi, ia boleh menangani apa sahaja urusan daripada aktiviti biasa telefon pintar seperti melayari internet, penstriman video, sehinggalah permainan video. Neffos X1 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 2,250mAh. Manakala X1 Max pula menggunakan bateri berkapasiti lebih besar iaitu 3,000mAh. X1 Max juga hadir bersama ciri unik kerana ia menyokong pengecasan pantas dengan 50% boleh dicaj dalam masa hanya 30 minit!
HARGA DAN KEBOLEHDAPATAN
Neffos X1 dan X1 Max hadir dalam dua warna iaitu kelabu (Cloudy Grey) dan emas (Sunrise Gold). Neffos X1 ditawarkan pada harga RM769 untuk 2GB RAM dengan 16GB ROM serta RM849 bagi 3GB RAM dengan 32GB ROM.
Neffos X1 kini boleh didapati di semua pengedar dan penjual sah Neffos di seluruh negara. Sementara X1 Max akan berada di pasaran pada Mac 2017.
Selain daripada itu, Neffos X Series hadir bersama jaminan selama dua tahun. Jadi, pelanggan boleh menikmati ketenangan minda apabila memiliki sebuah telefon pintar Neffos. Program jaminan selama dua tahun itu juga menawarkan servis ke atas beberapa isu mekanikal dan teknikal yang tertentu, kecuali kerosakan secara tidak sengaja atau skrin pecah. Neffos ada menawarkan pertukaran peranti satu-dengan-satu kepada pelanggan apabila peranti Neffos mereka mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.neffos.my atau layari laman Facebook mereka di
https://www.facebook.com/neffos.my.
###
*Konfigurasi paling tinggi adalah untuk Neffos X1 Max.
[1]X1 Max: 2.75mm narrow edge, 7.85mm of the body
X1: 2.95mm narrow edge, 7.95mm of the body